Rabu, 23 April 2014

INFO!! Luahan Bekas Isteri Sham Kamekaze, Fitnah atau Kebenaran?



Tak sangka seseorang yang dikatakan insaf boleh bersikap macam ni? Ini dinamakan guna agama untuk kepentingan diri!

Pendedahan yang paling menarik tentang sikap hipokrit Sham Kamikaze yang rasa dirinya mulia apabila sudah berhijrah atau menyertai parti politik Pas, kata Farazila.

"Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa,

"Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah dan menyertai parti politik yang berpakaian jubah, dia rasa dirinya mulia dan megah. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya,


"Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya,

"Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan “jom solatnya” itu, kata Farazila lagi


Tak sangka bukan? Kalau anda sering mengikuti akaun sosial Sham Kamikaze, memang Sham sering mengajak pengikutnya ke arah kebaikan. Selalu orang solat berjemaah dan sebagainya. Namun kalau mengikutkan apa yang dikatakan oleh bekas isterinya, itu hanyalah omong kosong.

Malah Farazila telah membuat laporan polis untuk langkah keselamatan terhadap gambar dan rakan video yang dilakukan oleh bekas suaminya itu. Tambah Farazila lagi.

Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.

Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebuhraya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.

Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuhraya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.

Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnya, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya.

Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.

Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak.

Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izin. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja.

Isteri kedua Sham..

Kontroversi yang mendakwa Sham bernikah lagi pada 16 Januari lalu bukan punca utama Farazila memfailkan perceraian.

Menerusi laporan media pada 20 Januari lalu, Sham menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari di Pulau Pinang.

Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila.

Pada artikel mStar Online bertarikh 13 April lalu, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua.

Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu.

Namun selepas didedahkan oleh media dan ahli keluarga isteri kedua. Sham akhirnya mengaku, itupun apabila Isterinya sekarang mengamuk di Twitter dan mempertahankan Sham.

Keluarga Sham sekarang..

Luahan dan pendedahan bekas isteri pertama Sham mungkin fitnah atau kebenaran. Ianya boleh dinafikan. Namun yang menjadi persoalan, kenapa Sham tak mengakui bahawa dia telah berkahwin, jika dia tak bersalah?

Apa nak takut kalau kahwin secara sah? Kata dah berceraikan? Nak takut apa betul tak?


McTheory:
Nak insaf alhamdulillah.. tapi jangan guna alasan tu untuk berpura-pura..

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni nma nya jntan x guna terjun lombong bg ikn pirana mkn...2 pon kalo ikn 2 lalu nk mkn dia...k

Tanpa Nama berkata...

Ni nma nya jntan x guna terjun lombong bg ikn pirana mkn...2 pon kalo ikn 2 lalu nk mkn dia...k

Tanpa Nama berkata...

Kucing klw dah biasa cium tahi lepas berak...
mana blh buang tabiat tu..

Tanpa Nama berkata...

Hantu klw sembunyi disebalik jubah lagi besar hantunya sebab ramai org akan membela..
mamat ni memang pandai ambik peluang..
ramai dah aku jumpa hantu raya mcm perangai mamat ni...tak hairan lah...
macai2 bodoh je percaya...

Tanpa Nama berkata...

Seseorg tu nampak mulia sbb Tuhan tutup aib kita, kalau Tuhan bukak aib kita, paham paham aje la.
So benda yg Tuhan tutup jgn la kita pulak yg dok bukak. Bekas bini tu pun tak yah bukak aib bekas laki dia, kang mamat tu balas balik bukak aib dia pulak kan parah jadinya. Org tu nak buat perangai munafik ke, apa ke, bior le dia jwb sendiri nanti.

Tanpa Nama berkata...

Cakap senang...tutup aib konon..
tapi hari2 dok bagi ceramah bukak aib org..
munafik ramai sgt..

Tanpa Nama berkata...

Cuba tanya isteri2 tok2 lebai tu...
sekse dorang...layan kepala angin tok lebai ni..

Tanpa Nama berkata...

Tambah2 lagi tok lebai segera...
mcm hampeh...dia sorang je yg betol..
tu la klw ilmu tak cukup...
merapu je la...

Tanpa Nama berkata...

Ilmu sejengkal...
nak bagi ceramah berjengkal jengkal...
mula lah merapu...

Tanpa Nama berkata...

Yang dengar pulak baghal...
anggok2 mcm keldai...

Tanpa Nama berkata...

munafik la lu sham.......mempegunakan agama utk kepentingan diri....tanggal la kopiah tu wei wat malu ja!!!

Tanpa Nama berkata...

Sapa masuk PAS.. jd kepala gangster pun akan disanjung dan dipuja.. janji lidah pandai atur kata2 ceramah mau laju kutuk maki org2 UMNO di atas pentas.. pakai jubah bg kusam skit.. letak kopiah.. then org tu dh superb diiktiraf 'warok' nak mampos2 dg bg pencacai PAS.. wpun xtahu latar belakang hidup mcm mana..

tp Allah Maha Mengetahui.. lg banyak duk aib dan kutuk org lain dlm ceramah.. skrg Allah buka aibkan dia pulak..

Tanpa Nama berkata...

blah la lu sham. lu mmg teruk..

ustad mee segera....