Tu la kerja Pas, asyik dok bohong orang kampung dari dulu sampai lanih. Hinggakan orang mati pun depa nak muhong. Apa punya turr laa..
Sapa agaknya nak tanggung dosa yang kononnya syahid tu.
PAS sewajarnya memandang positif terhadap penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi ke Gaza sebagai model perpaduan serta membangkitkan semangat kerjasama di antara Hamas dan Fatah.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Nasharudin membuktikan sikap toleransi salah seorang Pemimpin Pembangkang yang mempunyai ruang jalinan persefahaman bersama Kerajaan Pusat dari sudut keamanan sejagat.
"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, semalam.
Akan tetapi, Dr. Mahathir tidak menyekat malah tidak campurtangan terhadap sebarang tindakan PAS bagi menukar platform perjuangannya.
Nasharudin telah dilucutkan jawatan sebagai Anggota Majlis Syura Ulama' PAS Pusat kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan.
Keputusan yang berkuatkuasa pada 13 Januari lepas menerusi mesyuarat Badan tersebut telah dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - KLPosAnda baca juga artikel yang tidak mungkin akan disiarkan dalam lidah rasmi pembangkang : KLIK SINI
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura).
Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan" seterusnyaMcTheory:
Teman tapi mesra |
hiasan semata |
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura).
Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan"Sila baca laporan pada 7hb September tahun lepas :
KUALA LUMPUR, 7 Sept - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak nampak mengapa perlu Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini.
Beliau yang tetap bersetuju dengan saranan Nasharudin berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu.
"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti.
"Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya.
Berhubung dengan dakwaan ada sumber dalaman mengatakan golongan 'Anwarinas' akan cuba mempengaruhi Majlis Ulama Syura yang mahukan Nasharudin Mat Isa dipecat, Haron Din berkata beliau sendiri tidak tahu sama ada isu tersebut akan dibincang di dalam mesyuarat tersebut pada Ahad ini 9 Sept 2012.
"Kalaupun nak sampai kepada pemecatan, ia bergantung kepada sejauh mana perkara itu serius atau pun tidak.
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan," katanya. - SH
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Majlis Syura Ulama' PAS Pusat memutuskan untuk menggugurkan jawatan menggugurkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut.
Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ianya berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.
“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.
Pengesahan ini diumumkan sejurus Nasharudin menyertai rombongan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Misi Kemanusiaan Gaza baru- baru ini.
Sebelum ini, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib dirinya.
Ianya berikutan kenyataan beliau yang menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.
Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan beliau.Sambung baca SINI
BALING - Kerajaan Pas Kedah didakwa gagal menunaikan janji untuk memberi geran hak milik tanah kepada 119 peneroka tanah hutan di 11 buah kampung di sekitar peti undi Kampung Iboi, Kupang di sini.
Difahamkan pada 2011 dan 2012, peneroka tersebut juga membuat bayaran di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Johari Abdullah antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut keluasan tanah bagi tujuan mendapatkan geran, namun sehingga kini tiada maklum balas yang diterima.
Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.
"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.
"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.
"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi, di sini hari ini.
Seorang lagi peneroka, Leha Seman, 60 yang merupakan ibu tunggal berkata, dia juga membayar RM1,000 untuk urusan mendapatkan geran tersebut dan sehingga kini geran itu masih gagal diperoleh.
"Saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan saya untuk mendapatkan geran tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas diterima," katanya.
Dalam pada itu, Azmi berkata, peneroka yang terlibat disaran menubuhkan jawatankuasa bertindak dengan segera bagi menangani masalah tersebut dan membuat laporan polis tentang kemungkinan wujudnya penyelewengan.
"Kita bukan hendak tuduh ada penyelewengan tetapi kita percaya berlaku hal sedemikian berdasarkan bukti dan resit yang dibawa oleh mereka yang terlibat hari ini.
"Kita hendak tahu ke mana duit yang diberikan kepada pejabat ADUN Kupang kerana sampai sekarang tiada geran dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya.
Dalam pada itu, Tun Mohd. Amar berkata, satu memorandum berkaitan hal tersebut akan dihantar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat dan pihaknya akan melihat perkara itu dari sudut undang-undang. - Utusan