Ahad, 3 Februari 2013

TUDIAA!! PSY Gangnam Style Turun Malaysia Sokong BN?



Fuyohh.. jika mengikut laporan akhbar The Star, bintang dunia dari Korea pelopor tarian kuda Gangnam Style si PSY akan datang ke Malaysia untuk sambut Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Biar betul ni.. jika benar PSY datang ke Pulau Pinang, Mc percaya bukan hanya rakyat Pulau Pinang yang pergi kesana, tetapi dari KL pun sanggup turun.
 
Laporan The STAR :

Penyanyi superstar Korea Selatan, Psy telah ditempah untuk membuat persembahan pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional di sini pada 11 Feb ini. 
Artis tersebut dijangka akan membuat persembahan lagu popularnya Gangnam Style di hadapan kira-kira 60,000 tetamu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Rumah terbuka tersebut akan diadakan di Han Chiang High School daripada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang - The STAR
Jemput si PSY tu bagus, cuma Mc harap jangan ada kontroversi lagi selepas ini. Penganjur perlu pastikan PSY dan penarinya mematuhi etika pemakaian dan tingkah laku semasa konsert atau persembahannya. Kena hormat negara orang walaupun artis itu bertaraf dunia.

Pengalaman mengajar kita, jangan peristiwa Hari Belia Negara berulang kembali.

McTheory:
Oppa Oppah Ganyang Kaw! he he..

Tiada ulasan: