Sabtu, 23 Februari 2013

TUDIAA!! Azizan Razak Bersedia Letak Jawatan MB Kedah? #TukarKedah


 Selepas kecoh dengan beberapa siri pemberontak oleh 5 parlimen dan 11 Dun di Kedah. Azizan seolah-olah akur dengan kemahuan akar umbi, apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang menyatakan, semua ADUN atau Exco layak menjadi Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata demikian, ketika mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini yang mengatakan bahawa beliau bersedia menjadi Menteri Besar, Azizan berkata semua pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (exco) layak menyandang jawatan itu.

"Semua exco layak jadi Menteri Besar kecuali bukan Melayu... semua ahli PAS Kedah juga layak jadi Menteri Besar, tapi yang penting sekarang nak kena menang pilihan raya dulu.

Ia amat berbeza dengan kenyataan terdahulu Azizan, yang akan mempertahankan jawatan Menteri Besarnya hingga keakhir hayat. Apakah ini signal Azizan untuk lepaskan jawatan? Atau jeneral Perang Pas Kedah akan bertukar sebelum Pilihanraya ini? hmm.. kita tunggu dan lihat!

Phahrolrazi pula semakin rajin turun padang melawat kawasan, malah kawasan Azizan pun dia selalu turun. Turun buat apa tu? ha ha ha.. turun jumpa ketua pemberontak ka? Cerita tu kita simpan dulu, sebab drama 11 DUN memberontak pun tak habis lagi ni. he he..

McTheory:
Seronok tengok puak BULAN ni dok berebut kuasa.. Islam la sangat!!

Tiada ulasan: