Rabu, 13 Februari 2013

PANASS!! Azizan Razak Bangga Mukhriz Melawat Ladang Buahnya!! #TukarKedah



Minggu lepas ada satu NGO bebas yang melancarkan kempen #SaveKedah. Malah mereka melancarkan kempen tersebut berhampiran dengan Tasik Pedu, di tapak pembalakan yang telah dimusnahkan oleh Pas Kedah.

Tapak pembalakan tersebut kemudiannya diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk dijadikan Ladang buah-buahan. Pelbagai buah yang Pas Kedah rancang nak tanam disitu, termasuklah anggur dan apple. Pelancaran pun telah dilakukan oleh Azizan, dengan menanam pokok buah-buahan disitu.

Bagi yang mengikuti kisah balak di Pedu ni dari awal. Tentunya tahu, projek Ladang buah-buahan ini hanyalah satu projek menghalalkan 'balak' yang diangkut keluar secara oleh Pas Kedah.

Disebabkan demikian, pelbagai NGO telah menunjuk perasaan dengan berdemo dikawasan tersebut. Mula-mula, orang kampung, kemudian Perkasa dengan 12 ribu orangnya dan yang terbaru, NGO #SaveKedah bersama belia berdemo seramai 8 ribu orang.

Azizan tidak memberi sebarang respon mengenai demo-demo yang lain. Cuma pada demo kali ini, mungkin ianya ada sedikit kelainan kerana ada Timbalan Menteri turun bersama rakyat. Lalu Azizan pun bersuara bila ditanya,

Apa pendapat Datuk Seri mengenai demo #SaveKedah yang dibuat baru-baru ini?

Azizan kata, "Baguih la, itu maknanya projek Pas Kedah ni BERJAYA, belum start lagi projek Ladang Buah tu, dah ada Menteri (Mukhriz Mahathir) yang mai melawat. Sebab tu saya kata, projek buah-buahan ni berjaya, belum mula pun menteri dah mai melawat". Sambil mengulangi cakapnya tadi.

"Bukan senang menteri nak melawat projek Kerajaan Pas, itu tanda kejayaan kita" Sambung Azizan mengenai soalan tersebut.

Bila Azizan jawab macam tu, Mc pun taktau nak kata apa. Nak gelak atau nak menangis. Tapi itulah Azizan Razak, MB Kedah yang sememangnya tak pernah BETOI nak jawab soalan.

Kalau nak bandingkan Leman Tak lawak dengan Azizan Razak ni, rasanya Azizan lagi terer buat lawak dari Leman. Selamatlah dulu takdak pertandingan Raja Lawak, kalau ada tentu Azizan dah lama masuk.

Ahh.. lupa nak bagitau semua, pokok yang Azizan tanam masa pelancaran Ladang Buah tu, dah lama mampuih. Ya laa.. tanam pokok buah tengah panas, confirm la mampuih. Mana tahan!! Kawasan balak mana boleh tanam pokok buah? he he.. tipu rakyat sungguh!


McTheory:
Azizan ohh Azizann..cukuplah hanya sepenggal!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Org tua ni penin kot

Tanpa Nama berkata...

Azizan bila pula nak mai melawat kilang San miguel, kilang besaq tu kat Filipina lagi. Bukan apa untuk lawatan balas.

Tanpa Nama berkata...

pokok yg mukhriz tanam pun depa tebang dah..men ngan balak ni tak kira dah kecik besaq. hahahahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha ha.. komen yg atas ni lawak

Fath berkata...

terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/

Tanpa Nama berkata...

dengak ceta lapuran alam sekitar baru nak buat....hutan habih dah...eh..eh..eh...bijak sungguh azizan mb kedah mengurus negeri nooooo....sejahtera sungguh org2 besak hamPAS noooo....yg rugi rakyat melata....nak buat macamana...org kedah yg pilih....bagi kami pelung rayu pas sebelum 2008...bila dah dapat dia sapu betui2....kesian org kedah.. dengan aku.aku.sekali dapat hampas..