Isnin, 25 Februari 2013

PANASS!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Minta Peneroka Felda Kenang Budi! #Felda


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati peneroka Felda agar mengingati jasa kerajaan menganjurkan skim tanah rancangan terbesar dunia itu dan "tidak menggigit tangan yang membantu mereka".

Beliau menggesa peneroka agar meneladani peneroka terawal Felda yang terdiri daripada pemimpin Umno setempat yang setia kepada "orang yang memberi nikmat kepada mereka".

"Nikmat itu bukan sahaja dapat tambah pendapatan secara berterusan tetapi juga dapat klinik untuk perubatan dan anak-anak mereka dapat bersekolah," katanya.

Beliau turut menempelak golongan yang menurutnya tiada jasa kepada peneroka tetapi menghasut mereka untuk menerima bantuan kerajaan tanpa berterima kasih kepada kerajaan.

"Mereka tiada bukti kejayaan tetapi mereka menyeru kita jangan berterima kasih, (pesan) ambil RM500 dan gigit tangan dia.

"Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita, tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu?

"Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah," katanya lagi yang turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata golongan peneroka perlu berterima kasih dan membalas budi kerajaan yang menurutnya berjaya mengangkat martabat peneroka – malah sehingga membolehkan golongan berkenaan mengupah pekerja untuk mengusahakan ladang masing-masing.

palm oil palm kelapa sawit 201107
"Ini yang harus kita lakukan apabila kita tahu bersyukur dan tahu berterima kasih. Kalau dia bertanding (pilihan raya umum), kita bagi undi.

"Kenapa kita nak tolong dia, sebab dia tolong kitalah. Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu," katanya lagi dalam majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.

Dalam ucapannya kepada lebih kurang 3,000 orang warga peneroka itu, beliau mengingatkan hadirin bahawa skim Felda adalah satu bentuk pertolongan dari satu umat Islam kepada umat Islam yang lain.

"Sebab itu apabila kita buat skim Felda ini, ia adalah satu bentuk tolong menolong di antara satu umat Islam dengan umat Islam yang lain," katanya lagi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tun mahathir semakin ditolak rakyat setelah rci mendedahkan beliaulah dalang utama. tersangat sedih. ini pengkhianatan terbesar dalam sejarah. mahathir wajib dihukum.

Tanpa Nama berkata...

Kita tengok sapa yang kantol.