Sabtu, 10 November 2012

PANASS!! Pengaju Soalan Kepada Nurul Izzah Di Gereja Kecewa!! #IzzahPlural

AIDCNews – 08/11/12 – Seorang peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kecewa dengan sikap Naib Presiden PKR itu yang menukar kenyataannya 180 darjah selepas kenyataannya di forum itu menjadi kontroversi kepada rakyat Malaysia.


Siti Kasim, pengaju soalan kepada Nurul Izzah

Pengaju soalan tersebut, Siti Kasim, seperti dilaporkan FMT berkata jawapan Nurul Izzah semasa dalam forum itu berbeza dengan penjelasan yang dilakukan selepas forum.

Penjelasan Nurul Izzah pada 4 November,

sehari selepas forum itu (3 November) mengeluarkan kenyataan berbeza

daripada kenyataan asal, di mana beliau mendakwa berkata, “Jawapan saya

menegaskan ungkapan – ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’ –

daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini

merangkumi seluruh umat manusia.”


Turut ditambah Nurul Izzah yang tidak disebut dalam forum itu, “Saya

berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam,

seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang

warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.


“Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya

seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam

yang memilih untuk murtad,” kata Nurul Izzah dalam laman peribadinya,

www.nurulizzah.com.


Namun, Mkini dotcom, portal pro pembangkang yang mula-mula melapor kenyataan Nurul Izzah di gereja itu hari ini mengeluarkan transkrip soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum itu yang amat berbeza dengan penjelasan Naib Presiden PKR.


Soalan yang diajukan dari Siti Kasim yang ditranskrip portal Mkini

dotcom, “Saya sangat gembira apabila mendengar YB Nurul bercakap

berkenaan kebebasan beragama. Adakah anda juga bermaksud bahawa orang

Melayu patut diberikan hak yang sama?”.


Jawapan Nurul Izzah juga turut ditranskrip portal itu, “Dan, apabila

anda tanya saya, tidak ada paksaan dalam agama, malah Dr Ahmad Farouk

(Presiden Islamic IRF-Islamic Renaissance Front) memetik ayat dalam Al

Quran.


“Bagaimanakah anda boleh bertanya saya atau sesiapa, bagaimana boleh

seseorang menjawab, ‘Maaf, ini (kebebasan agama) hanya dilaksanakan

untuk bukan Melayu. Ia sepatutnya harus dilaksanakan secara sama rata

…laksanakan untuk semua (kaum)”. Hadirin bertepuk tangan.


“Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik untuk orang Melayu.

Ini cara ia sepatutnya dilakukan. Jadi (walaupun) saya diikat, dengan

pandangan semasa, tetapi saya harus mengatakannya.


“Jadi apa yang anda mahu sudah tentu dari segi kualiti. Awak percaya

dengan kuat dalam kepercayaan awak, walaupun saya bersekolah di Assunta

yang mempunyai salib besar di dewannya dan nyanyian persatuan Katolik

yang aktif, saya tidak terpengaruh dengannya”. (Loceng berbunyi menanda

masa menjawab tamat dan moderator mengucapkan terima kasih kepada ahli panel).

Nurul Izzah juga tidak memberi penjelasan berkaitan dengan pandangannya yang mempertikai sekatan undang-undang terhadap kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang melakukan aktiviti seks di tempat peribadi sepertimana yang disebutkannya dalam forum tersebut.

Siti Kasim ketika bercakap kepada FMT kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang tidak teguh pendirian apabila tidak mengaku kemudiannya menuturkan kata-kata di atas.

“Saya percaya Nurul hanya mencuba untuk menarik perhatian umum, dia tidak fikir apa akibatnya,” katanya kepada FMT.

Siti Kasim yang juga ahli Majlis Peguam dalam jawatankuasa hak asasi manusia berkata sepatutnya Nurul Izzah berpegang teguh terhadap kenyataan asalnya bahawa hak kebebasan beragama juga perlu dilaksanakan dalam masyarakat Melayu-Islam.

“Tidak ada apa-apa kesalahan terhadap kenyataan itu, dia (Nurul izzah) bercakap perkara benar. Saya sudah menjangkakan akan berlaku kontroversi selepas itu. Tetapi, sebagai seorang ahli politik, awak perlu berpegang teguh kepada kebenaran,” katanya lagi.

Pengaju soalan itu turut mengungkap kembali kenyataan Nurul Izzah semasa forum di gereja itu.

“Dalam beberapa hari, dia (Nurul Izzah) ‘tarik balik’ kenyataannya, dan berkata dia tidak sokong murtad. Tetapi, secara tidak langsung, apabila anda sokong kebebasan beragama, (bermakna anda juga sokong) jika Melayu ingin keluar dari agamanya (Islam), itulah murtad,” jelasnya lagi.

Soalan yang sama itu kata Siti Kasim pernah dikemukakan kepada bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun gagal mendapat jawapan yang benar-benar konkrit.

“Dia (Anwar) menjawab samar-samar dan tidak menjawab secara jelas. Kita mahu ahli-ahli politik yang bercakap secara terus terang,” katanya.


Dalam masa sama, Siti Kasim mendakwa dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mengecualikan Melayu daripada mengamalkan kebebasan beragama.

Menurutnya, individu-individu yang mengkritik Nurul Izzah adalah golongan konservatif yang mahu agama versinya diterima sebagai agama yang benar.


Siti Kasim bersama Ketua Seksualiti Merdeka/LGBT, Pang Khee Teik

Siti Kasim seperti dilaporkan portal Mkini dotcom, Januari lalu adalah salah seorang penganjur Seksualiti Merdeka yang membantah permohonan semakan kehakiman terhadap pejabat Peguam Negara.

Siti Kasim bersama Ketua Seksualiti Merdeka/LGBT, Pang Khee Teik

Selain Siti Kasim, pemohon bantahan itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang kesemuanya dikaitkan sebagai anggota LGBT.

“Sila sokong hak-hak LGBT di Malaysia! Mereka ditindas dan diganggu seksualiti mereka .. semua itu di atas nama agama!!! Dunia mesti tahu tentang perkara ini,” kata Siti Kasim dalam facebook.com/

Global Secular Humanist Movement.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Forgetting the impact on the business globe for a moment, what does the medical profession think about shoe lifts insoles, surely men aren't designed to wear high heels, in contrast to ladies who appear to thrive on the additional height such devices provide

http://www.sowet.com/Reviews/profile.php?mode=viewprofile&u=96977&sid=8f9fc50fcc0083e861ce15d93b907684