Jumaat, 9 November 2012

PANASS!! Isu #IsuAirSgor Siapa yang Bodoh, BN atau Kerajaan Negeri Selangor?


Ada sebuah portal pencacai yang sering mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan dengan isu air. Kerja mereka hanyalah memutar belitkan isu dan mengelirukan rakyat Selangor, lebih-lebih lagi berkaitan dengan isu air. Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor dan juga blog pencacai Pakatan, sering mengaitkan isu air di Selangor adalah isu yang berkaitan dengan politik.

Bila mereka mentaksirkan isu rakyat, menjadi politik, atas sebab demikian, mereka menjadi tidak serius untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah tersebut. Mungkin pada masa sekarang bekalan air Selangor cukup untuk digunakan, tetapi apakah mereka telah mengkaji bekalan air Selangor pada masa akan datang? Rasanya tidak!

Pernah Khalid Gagap, Dr Xavier atau mana-mana exco negeri Selangor membuat kajian terperinci tentang masalah air di Selangor? Atau mereka hanya bercakap syok sendiri dan hanya mengunakan andaian mereka sahaja? Patutnya sebagai Kerajaan Negeri, mereka perlu lebih prihatin, kerana itu tanggungjawab mereka.

Letih untuk menjelaskan kepada orang yang tak nak faham isu dan punca sebenar.

Puak pencacai Pakatan ni anggap, Kerajaan Pusat (BN) sengaja menyerang isu air kerana mahu menjadikan isu ini modal politik bagi memenangi semula Selangor. Mereka beranggapan demikian, mereka ingat Kerajaan Pusat juga bodoh seperti mereka, yang sering mempolitikkan segala isu yang ada walaupun ianya berkaitan dengan kemudahan pada rakyat.

Atas sebab demikian mereka takut dan menuduh Kerajaan Pusat juga berbuat demikian (politikkan segala isu). Bermula dengan air percuma, mereka menuduh Pemimpin UMNO Selangor pernah keluarkan kenyataan, jika air diberi percuma, Selangor akan muflis?

Benarkah kenyataan sedemikian pernah dikeluarkan? Siapa pemimpin tersebut? Seingat Mc, tidak pernah ada sesiapa yang berani berkata demikian, kerana Selangor takkan muflis (kecuali kalau Khalid Gagap perintah lagi 4 tahun lagi), cuma akan ada masalah lain yang akan timbul. Seperti sekarang, Kerajaan Negeri Selangor menerima beribu saman dari rakyat Selangor sendiri, akibat pengagihan bekalan air percuma yang tidak selari.

Itu adalah kegagalan yang pertama isu air oleh Kerajaan Negeri yang merasakan mereka hebat dan bijak dari orang lain.

Kemudian, Selangor bakal menghadapi masalah bekalan air pada masa hadapan. Kerana kajian yang dibuat oleh Kerajaan Pusat menjangkakan, Selangor dan kawasan Lembah Kelang akan mengalami masalah air yang serius pada tahun 2016.

Atas sebab demikian, Kajian Sumber Air Selangor 2000 mencadangkan projek Loji Air Langat 2 rawat air mentah yang disalurkan dari Pahang untuk kegunaan rakyat Selangor. Kiranya projek ini printis untuk masa depan.


Tetapi cadangan ini dibantah oleh Selangor Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Khalid gagap yang mempunyai idea dan cadangannya tersendiri untuk. Mula dengan air lombong, tasik dan air tanah, Khalid kemudian mahukan penstrukturan semula air.

Khalid kemudiannya telah menawarkan Langat 2 untuk dimuatkan dalam program jangka masa panjang sekiranya pusat bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula air di negeri itu – antara usaha beliau untuk mengikat tangan kerajaan pusat tanpa menghiraukan kepentingan rakyat yang bakal berhadapan dengan krisis air.

Bila cadangan tersebut gagal dan masih dalam perbincangan yang tak sudah, mereka menyalahkan Syabas dan syarikat konsesi serta Kerajaan Pusat kerana tidak membantu mereka untuk membuat penstrukturan air di Selangor.

Khalid sebaliknya menegaskan yang teknologi membrane yang diperkenalkan baru-baru ini jauh lebih murah justeru yakin ianya mampu mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

Kini Kerajaan Negeri Selangor mencadangkan pula teknologi membran, dan buka kembali loji air Bukit Jelutong yang di tutup sejak 1995 disebabkan pencemaran Sungai Damansara, sebagai projek perintis teknologi membran. Macam nak masuk rumah yang lama ditinggalkan, apakah itu tidak mengeluarkan modal dan belanja yang besar?

Mereka lebih yakin untuk membelanjakan wang kepada jalan yang lain, dari menerima idea Kerajaan Pusat untuk membina Langat 2, yang sudah terang lagi bersuluh dapat menyelesaikan masalah air di Selangor pada masa akan datang.

Teknologi membran bukan satu jalan untuk menyelesaikan masalah kekurangan air. Jika tidak, Pulau Pinang dibawah pemerintahan Lim Guan Eng sudah lama memilih untuk berbuat demikian. Kenapa Guan Eng tidak memilih teknologi membran untuk menambah sumber bekalan air mentahnya? Malah beliau memilih membina terowong khas dari Perak untuk membekalkan air ke Pulau Pinang.

Tak percaya baca kenyataan Guan Eng semasa pembentangan bajet 2013 baru-baru ini,

"Bagi menjamin sumber bekalan air mentah yang mencukupi untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah melalui Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang. Projek ini melibatkan pembinaan terowong yang bertujuan untuk mengagihkan sebahagian air mentah dari Sungai Perak ke Sungai Kerian dan seterusnya ke Negeri Pulau Pinang" kata Guan Eng.

Beliau menyambung lagi, "Kos projek dianggarkan bernilai RM300 juta dan ianya telah dipohon melalui KeTTHA kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 30 Jun 2012 di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kerajaan Persekutuan perlu menjalankan projek ini sebagai tanggungjawab mereka dalam perjanjian penghijrahan aset air yang ditandatangani dengan Kerajaan Negeri".

Jika Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dapat berfikiran waras menerima pelan Kerajaan Pusat, kenapa Kerajaan Negeri Selangor tak boleh? Yakinkah mereka teknologi membran yang mereka cadangkan tu mampu mengatasi masalah air? Jika mereka pernah yakin pemberian air percuma itu berjaya, kali ini adakah mereka yakin dapat mengatasi masalah air pada masa akan datang.

Sedang air bermasalah, ada yang kata pendapatan negeri Selangor meningkat, tetapi berapa pula aset Selangor yang telah Khalid jual? Terbaru Khalid ingin menjual aset PKNS! Tak guna kalau banyak wang pun tetapi harta Kerajaan Negeri digadaikan pada kroni. Agaknya atas nasihat siapa Khalid bertindak begitu?

Khalid-Khalid, jangan salahkan orang kalau tak pandai mentadbir, serahkan balik saja Selangor kepada yang berhak, dari terus memporak-perandakan keadaan ni.


McTheory:
Apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian Kerajaan Negeri Selangor sekarang ni? Gadai harta?

Tiada ulasan: