Sabtu, 3 November 2012

PANASS!! #AirSelangor! Khalid tak reti Bahasa, Pekak Atau Bodoh?


Mc rasa nak muntah darah atau nak guling-guling bila tengok video Khalid Gagap bengap yang mempersendakan Kerajaan Persekutuan kerana sibuk nak buat Langat 2, sedangkan loji tu hanya boleh digunakan selepas tahun 2016.

Mc tak tahu Khalid ni masih mempunyai otak atau semasa beliau bercakap tu, beliau tertinggal otaknya kat rumah. Sebagai seorang Menteri Besar, mana boleh beliau mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu? Atau beliau sedang cuba memperbodohkan rakyat Selangor dan rakyat Malaysia?

Mc ingat Azizan Razak dan Nik Aziz saja yang suka buat kenyataan bodoh tidak mengikut takrif otak seorang MB. Rupanya Khalid gagap ni lebih teruk dari dua orang MB tu. Kesian rakyat Selangor mempunyai MB paling teruk dalam sejarah kerajaan negeri.

Khalid ni manusia yang tak layak jadi pemimpin, kerana beliau tidak berpandangan jauh. Beliau mempertikaikan Langat 2 kerana Loji Langat 2 hanya boleh beroperasi setelah siap pembinaan dan mengumpul kawasan tadahan dalam tahun 2016, bermakna lebih kurang 4 tahun dari sekarang.

Tidakkah Khalid sedar, Langat 2 tu diwujudkan untuk apa? Demi siapa? dan kenapa? Langat 2 tu memang untuk masa depan, dan bukan untuk masa sekarang. Kita sedang risau melihat air di empangan Selangor sekarang ni, walaupun sering hujan, tetapi air di empangan tak meningkat banyak.

Kenapa tak meningkat banyak? Kerana, kegunaan air di Selangor meningkat saban hari. Hingga sampai suatu masa, empangan dan sumber air yang ada sekarang ni tak mampu lagi untuk menampung jumlah kegunaan harian sumber air bersih di Selangor.

Kalau nak tunggu krisis air sampai baru nak bina loji rawat, sempat ke siap? Ataupun Khalid ada teknologi yang boleh siapkan loji dalam sekelip masa?

Itu yang merisaukan kita, sedangkan, sekarang pun kita dah nampak kesannya, apatah lagi 4 tahun akan datang. Kerajaan Pusat telah melakukan kajian terperinci bersama pakar-pakar air dan ahli akademik yang mahir dalam bidang ni. Kalau mengikut kajian tersebut, kawasan Lembah Kelang akan mengalami masalah air jika
tempat simpanan air bersih dan struktur air Selangor masih dalam keadaan yang sama.

Sebab tu Kerajaan Persekutuan berkeras mahu membuat Langat 2, walaupun Kerajaan Negeri Selangor masih lagi berdolak dalik sampai sekarang. Hinggakan, Kerajaan Persekutuan mahu membuat Loji Langat 2 tanpa persetujuan dari Kerajaan Negeri Selangor.

Kenapa begitu?

Semuanya atas alasan demi kebaikkan dan kesenangan rakyat Selangor. Bagi mengelakkan rakyat Selangor menghadapi masalah air bersih pada masa hadapan. Itu perancangan untuk masa depan, perkara yang perlu difikir apabila kita dah jadi kerajaan, memikirkan masa kini dan masa depan, bukannya hanya nampak apa yang didepan mata saja.

Sekarang ni, Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor telah menangguhkan projek Loji Air Langat 2 hampir dua tahun! Kalau mengikut kajian, 2016, Selangor akan menghadapi masalah air bersih. Itu mengikut perancangan dulu, kini Langat 2 masih belum terbina. Kiranya masalah air akan datang sebelum Langat 2 siap. Kalau jadi macam tu, siapa yang patut bertanggung jawab dan dipersalahkan?

Mahukah Khalid bertanggung jawab atas masalah ini? Kerana pada 2016 nanti, Khalid pun belum tentu jadi MB, malah Kerajaan Pakatan Selangor pun belum tentu ada kewujudannya. Jadi pada siapa yang perlu kita persalahkan kelak?

Sebagai Menteri Besar, Khalid sepatutnya memikirkan semua ini. Ini adalah perancangan untuk sebuah negeri maju seperti Selangor. Kalau Khalid tak berupaya memikir hingga ketahap itu, nampak sangat Khalid tak ubah seperti seekor lembu bercermin mata yang dipaksa memakai baju kot!

Adeh.. macam ni Menteri Besar Selangor? Kalau Khalid terus jadi MB Selangor, Mc percaya Selangor akan bankrup!! Bukan bertambah maju, malah akan bertambah teruk!! Jadi tolonglah rakyat Selangor sepak si bodoh dan puak-puaknya turun dari takhta kerajaan negeri! Tolonglah!

McTheory:
Rakyat Selangor bijak pandai, takkan nak tengok MB korang macam lembu tu?

Tiada ulasan: