Jumaat, 2 November 2012

HOT! Lynas Tidak Berbahaya Seperti Di Dakwa NGO Puak Pakatan! #Lynas


 Memang rugilah orang Malaysia kalau politik dan populariti lebih diutamakan dari memikirkan keperluan ekonomi semasa, dan apa yang kita semua perlukan untuk masa depan negara.

Akibat aksi dan propaganda yang dibuat Fuziah Salleh dan rakan-rakannya, peluang mengembangkan ekonomi Kuantan yang akan memberi manfaat untuk semua penduduk Kuantan akan terlepas begitu sahaja.

Mc percaya dah ramai yang lupakan isu Loji Rare Earth Lynas di Gebeng tu. Isu Lynas ni sebenarnya tak selesai pun lagi. Masih sangkut dengan pelbagai karenah beruk Pakatan yang menyamar NGO bagi menganggu perjalanan pembinaan kilang Lynas tu. Lihat sahajalah stunt terkini yang diumumkan pemimpin Himpunan Hijau yang mahu berjalan dari Kuantan ke Parlimen.

Pelbagai alasan yang mereka gunakan untuk menghentikan kilang Lynas dari dibina supaya operasi membuat Rare Earth tidak dapat dilakukan. Kononnya Lynas ni berbahaya untuk masyarakat sekeliling kilang berkenaan, pada hakikatnya, setelah kajian dilakukan, takdak kesan radiasi yang berbahaya pun.

Mc boleh sertakan tahap radiasi dan bagaimana proses kilang Lynas itu berjalan. Malah, adakah radiasi yang dikeluarkan kilang Lynas berbahaya hingga boleh mengancam nyawa dan menjejaskan kehidupan masyarakat sekeliling?

Kilang Lynas hanya mengeluarkan 00.02mSv radiasi dalam masa setahun, berbanding radiasi tinggal di rumah batu 00.07mSv yang berbahaya lebih 35 kali ganda dari radiasi kilang Lynas. Kenapa tak ada NGO yang membantah rakyat Malaysia tinggal dirumah batu, kerana ianya terbukti radiasi lebih tinggi?

Patutnya buat la bantahan, belum lagi radiasi yang di hadapi oleh perokok yang menghadapi radiasi 150mSv bersamaan dengan 75 ribu lebih setahun. Bahaya tuu.. tapi perokok tetap ramai, dan takdak pula yang bantah!

Nampak sangat, niat menghentikan pembinaan kilang Lynas ni sebenarnya ada muslihat lain. Ada cerita disebalik tabir yang tidak kita maklumkan.

Apakah puak Pakatan ni sengaja nak sabotaj pendapatan negara? Kerana kilang Lynas akan menyumbang 8 billion nilai eksport. Malah jumlahnya akan meningkat dari tahun kesetahun. Itu satu sumbangan yang besar dalam nilai eksport negara.

Mc percaya tak semua tahu, ini merupakan peluang keemasan bukan sahaja untuk Kuantan, tetapi untuk Malaysia secara amnya. Sandiwara politik yang tak sudah-sudah ini akan buat Malaysia rugi, dan akan memberi kesan negatif pada kadar pelaburan luar yang masuk dan keyakinan syarikat-syarikat luar menapakkan perniagaan mereka di sini?

Tak guna kerajaan belanja berbilion-bilion buka koridor-koridor macam Iskandar Malaysia, ECER, NCER, dan sebagainya kalau Malaysia tak boleh tarik pelaburan, kerana mereka takut di jadikan target oleh pembangkang, semata-mata untuk membangkang, tanpa perlu berhujuah dengan ilmu. Bagaikan tiada otak!

Sumber-sumber minyak, tanah dan hasil-hasil bumi negara yang lain semakin berkurangan. Malaysia perlu mencari dan teroka kawasan-kawasan baru yang akan membawa pertumbuhan ekonomi. Salah satunya ialah Industri nadir bumi merupakan peluang baru yang cerah kerana permintaan untuk bahan-bahan ini semakin meningkat.

Nampak sangat Pakatan Haram ada agenda lain disebalik bantahan kilang Lynas. Mc lihat, hanya NGO kaum Cina pro Pakatan saja yang sibuk membantah, kenapa ya? Apakah ini ada kena mengena dengan saingan hebat kilang Lynas Rare Earth Malaysia menganggu pasaran kilang Rare Earth di China?

Mc teka saja, mungkin ada kena mengena, kalau tak, takkan mereka beria-ria nak membantah, sedangkan tiada sebab yang kukuh kilang Lynas perlu dihentikan. Nampak sangat, semuanya disebabkan politik sempit puak pembangkang.

Puak Pakatan ni, mana tau buat kerja lain dah. Benda baik pun mereka nak politik. Mereka tak kira, ianya menguntungkan negara atau tidak, janji mereka boleh kutip hasil dari mempolitikkan sesuatu perkara yang mereka rasa boleh dipolitikkan.

McTheory:
biasa la bangang, memang susah nak ajar jadi baik!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU DAH LAMA KATA. PUAK-PUAK ANTI LYNAS NI SEBENARNYA SAJA NAK BUAT ISU SAJA. MANA MEREKA BERANI BUAT DEMO BANTAH PENGHISAP ROKOK SEBAB MEREKA PUN TAKUT KENA BANTAI.