Ahad, 7 Oktober 2012

TUDIAA!! Mahfuz Omar 'STIM' Tengok Abby Albody?


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).

Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).

"AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya.

"Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?

"Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di sebalik AES yang direka khusus berdasarkan konsep 'lu tolong gua, gua tolong lu' BN itu sebagai perkara baru .

"Saya diberitahu bahawa ini perkara baru dalam ilmu pentadbiran dunia yang tidak diajar dalam mana-mana universiti terulung dunia," katanya.

Menurut Mahfuz, ilmu ini hanya terdapat dalam kurikulum subjek kronisme dalam universiti Umno BN di mana MCA ternyata semakin menjadi tukang kutip untung di dalam BN.

"Tahniah Umno," sindir beliau.

Memandangkan AES dibuat bertujuan utk memeras rakyat, sebab itulah Mahfuz mencadangkan agar nama sistem itu digantikan dengan ST1M.

Baginya, cara terbaik untuk menghentikan penindasan ST1M ialah membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan.

"Ini kerana merekalah yang merosakkan negara dengan rasuah dan tamak haloba mereka hingga ST1M pun boleh ada," katanya.

Syarikat berkaitan MCA sebelum ini dilaporkan telah mendapat kontrak saman pengangkutan AES.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Menurut portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, 831 tempat yang disebut sebagai kawasan blackspot telah disenaraikan sebagai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.


Orang bodoh macam Mahfuz ni mana tau fikir pasal lain. Apa yang dia tahu fikir hanyalah benda bodoh dan otak kuning. AES tu kan untuk menjaga rakyat, taknak bagi rakyat Malaysia bawa kereta laju-laju. Kalau bawa kereta secara berhemah dan ikut undang-undang, taklah kena saman. Bodoh punya Mahfuz!!

Agaknya pembangkang ni suka tengok rakyat Malaysia kemalangan kot?

Pasal ST1M tu.. Rasanya Mahfuz yang ST1M bila tengok Abby terhenjut-henjut berceramah Pas. Almaklumlahh.. mak janda.. cun sikit saja, kena hurung la dengan langau-langau Pas macam Mahfuz ni..

McTheory:
Otak puak Pas ni, fikir lucah saja!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abu Hurairah melaporkan, Saya dengar Rasulullah S.A.W. menerangkan,
"Sesiapa yang menuduh hambanya berzina, pada hari kiamat nanti hukuman hudud dijalankan kepadanya, kecuali orang yang dituduh itu memang bersalah seperti yang dikatakannya."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).