Jumaat, 5 Oktober 2012

TUDIAA!! Guna Duit BR1M Untuk Buat Majlis Kesyukuran Pas!!

Klik untuk baca

Apa dah jadi ni?? Oit Oit Pas.. duit BR1M tu kan Nik Aziz dah fatwa haram. Mana boleh guna, siap kumpul duit reramai untuk beli lembu pulak tu, memang dahsyat laa puak Pas ni. Dah ambil duit pemberian kerajaan pusat, tapi tak reti nak berterima kasih, siap kutuk kata nak pancing undi.

Kalau benar nak pancing undi, kenapa DS Najib tak bubar parlimen selepas BR1M habis diberi? Nak tunggu apa lagi? Tahun depan, ada BR1M 2.0 pulak. Mesti puak perut hijau ni kata DS Najib nak pancing undi lagi. Otak sempit setaraf lembu, tu yang tak habis-habis busuk hati.

 Kalau dah takmau sangat duit BR1M tu, tak payah la pergi ambil. Beri pada yang lebih memerlukan.. ramai lagi yang tahu bersyukur dengan pemberian kerajaan tu. Malah ada yang anggap ia satu rahmat dari Allah kerana memberi pemimpin berjiwa rakyat seperti DS Najib.

Ketika rakyat Malaysia lain menadah tangan untuk bersyukur, puak Pas pula terima wang sambil maki-maki pemimpin. Apakah itu contoh seorang muslim yang terbaik?


McTheory:
Islam mengajar kita berterima kasih, bukannya mengeji!!

Tiada ulasan: