Rabu, 17 Oktober 2012

PANASS!! Terbukti, Pas Kedah Amalkan Sistem Kayakan Kroni!! #TukarKedah


Mc taknak komen banyak pasal laporan audit kerajaan negeri Kedah. Tak banyak yang berubah, hutang bayar, pendapatan ada kurang sikit. Tapi takpa la, kalau nak semua sempurna, itu bukannya kerajaan, itu dah panggil tuhan.

Tapi ada satu perkara yang Mc nak fokuskan.. hmmm


Apa yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala, Flat tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Lebih dahsyat lagi ialah apabila didapati bahawa Pengarah yang bagi lima syarikat pembinaan tersebut mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain. Tidak cukup dengan itu, pembayaran kepada kontraktor-kontraktor pula menunjukkan ketidaktelusan yang serius di mana RM500,000 telah dibayar dengan menggunakan nama syarikat lain serta tuntutan-tuntutan yang dibuat secara berulang.

 Pas Kedah harus jawab pendedahan laporan audit ini. Jelas terbukti ada penyelewengan dalam kerajaan negeri, malah projek pula disalurkan kepada kroni-kroni yang berkaitan. Nama syarikat lain, tetapi orang yang sama. Malah orang yang sama juga dapat projek Pas Kedah, dalam keluarga yang sama.

Apakah ini bukan cara kayakan kroni? Jangan tipu la kalau Pas Kedah kata tak kenal dengan individu berkenaan. Sebab angka 2.5 juta tu bukan angka yang kecil. Mc masih ingat kata-kata Azizan Razak yang menegaskan bahawa beliau takkan berikan projek pada keluarganya walaupun dirayu. Sebab itu adalah prinsip beliau.

Namun laporan audit membuktikan sebaliknya, kata-kata Azizan Razak tu tak boleh pakai! Nampak sangat Pas Kedah mengamalkan sistem kroni untuk agihkan projek. Dulu dok kutuk UMNO kaki kroni, kali ni dah jelas terbukti, Pas Kedah pula amalkan sistem untuk kayakan kroni sendiri.

Laporan audit dah keluar, pendedahan songlap duit rm2.5 juta untuk kroni dah terdedah. Bila lagi Azizan Razak nak jawab ni? Jangan dok jawab taktau sudah la no..

Laporan penuh audit Kedah boleh klik SINI


McTheory:
Azizan jawab, 2.5 juta tuu.. kroni Phahrolrazi yang punya.. he he..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cuba siasat dulu sapa kontraktor tu...bayaran n lantikan diluluskan oleh bos perumahan...check balik sapa bos perumahan tu....yg pasti mb xtau apa2....