Khamis, 18 Oktober 2012

HANGAT!! Mahfuz Menagih Duit BR1M Dari Ahli Pas!! #TukarKedah



Mc nak bawa cerita menarik yang Mc ambil dari blog Medan Tempur, kisah pasal duit BR1M.

Dalam siri ceramah pas yang diadakan pada minggu lalu di markas pas pokok sena, mahfuz berkata jika penyokong pas yang tak mahu wang bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) boleh sumbangkan ke pejabat MTD atau markas Pas bagi memenuhkan tabung simpanan Pru untuk melawan UMNO. Kami sempat mengikuti ucapan ucapan Mahfuz diruangan FB beliau yang ditulis oleh salah seorang staf di pejabat MB..


Kita boleh tengok kat sini macam mana pemimpin2 pas sanggup jadi peminta sedekah semata mata nakkan kuasa dan wang. Sewaktu cadangan Pemberian BR1M kepada rakyat yang diumumkan oleh kerajaan pada bajet tahun lalu, Pas lah parti yang paling lantang memperlekehkan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat tetapi sebaik saja BR1M diedarkan penyokong PR tanpa segan silu menjdi orang paling awal menerimanya..


Melihat pada reaksi itu maka pemimpin pas mengeluarkan fatwa bahawa BR1M itu haram..Tetapi bila penyokong pas tidak mengendahkan fatwa itu pemimpin pas terpaksa mencari helah lain iaitu mengenakan cukai atau meminta separuh dari wang bantuan itu masuk ketabung mereka.. Itu lah Pas yang sinonim dengan parti tin milo boleh lalukan apa saja asalkan dapat keuntungan..BR1M haram buat ahli tapi halal buat parti.


McTheory:
Biasa la.. walhalalku, walharam mu...

Tiada ulasan: