Sabtu, 20 Oktober 2012

HAA TUDIAA!! Bab Ni Mc Sokong Phahrolrazi!! Tahniah Kerajaan Negeri Kedah!


Buat pertama kalinya Mc setuju dengan si Phahrolrazi. Pendirian yang beliau buat kali ni bagus. Memang patut pun tangguhkan dulu AES tu. Tak kena masa langsung. Kerajaan Negeri Kedah, bijak mengunakan peluang ini untuk menjadi hero kepada rakyat Kedah.

Semua ni salah sapa? Tak mustahil negeri Pakatan lain akan turut mengunakan isu AES ini bagi mileage politik masing-masing.

Punya la penat dok jaga hati rakyat, bila tiba isu ni, ramai yang 'swing' nanti.

Baca petikan berita dibawah..

Kerajaan Negeri Kedah mengambil pendirian menggunakan kuasa negeri untuk menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga taklimat dan kajian dibuat ke atas sistem itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi, keputusan itu dibuat setelah mendengar keluhan rakyat yang tertekan dengan pelaksanaan sistem AES oleh Kerajaan Pusat.

Phahrolrazi menegaskan, denda dan kaedah yang digunakan dalam sistem AES ini amat membebankan rakyat.

“Rakyat merungut, rakyat tertekan dengan sistem ini.Kita ambil pendirian sama dengan negeri Pakatan Rakyat yang lain untuk tangguh hingga penjelasan membabitkan agensi berkaitan dibuat, dan kajian dilaksanakan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor.

Malahan pula kata beliau, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih tidak meluluskan lagi penggunaan atau pemasangan AES di kawasan membabitkan hak PBT di sana.

Ditanya samada keputusan itu adalan keputusan bersama pimpinan kerajaan Negeri Kedah, beliau memaklumkan ianya telah dibincang di peringkat PAS Negeri dan makluman kepada Pesuruhjaya, Dato’ Seri Azizan Razak selaku Menteri Besar Kedah.

Komen:
Mc tahu, AES ni bagus untuk mendidik rakyat, namun bukan sekarang masa untuk laksanakannya. Lagi satu, masih banyak kajian terperinci yang perlu kita lakukan. Malas nak kata apa lagi, bila Mc tegur ada la individu yang kata Mc ni sokong pembangkang. Dari sokong pembangkang, baik Mc dok dalam hutan lari dari dunia sebenar. he he..

McTheory:
Kita tegur kerana sayang.. tegur membina, bukan memusnah..

Tiada ulasan: