Isnin, 22 Oktober 2012

EKSKLUSIF! #AirSelangor: Khalid Gagap Patut Cermin Diri Sendiri!!


Apa kena la dengan si Khalid Gagap ni. Segala tindak tanduk yang beliau buat dan beliau rancang tidak pernah ada yang benar-benar bagus dan hebat. Cadangan atau rancangan yang Khalid buat, kadang-kadang kita fikir tidak masuk akal.

Contoh, Khalid kata Syabas tak hormati perjanjian sebab nak beli paip dari Indon. Pelik, kenapa Khalid marah Syabas nak beli paip tu?

Khalid lupa kah yang kerajaan negeri ada 30% pegangan dalam Syabas. Dan Sedangkan dalam Syabas sendiri ada wakil Khalid dalam Board of director. Jadi tindakan yang Syabas ambil juga mencerminkan keputusan kerajaan negeri atau Khalid juga.

Tak cukup itu, dikatakan Syabas beroperasi di bawah keupayaan sebenar dan Syabas gagal kurangkan jumlah air tidak berhasil. Pokoknya apa saja yang Syabas buat tidak betul. Kenapa “kekurangan” ini tidak diselesaikan semasa board of Director bersidang?

Bukankah menceritakan “kekurangan” ini adalah seperti menceritakan kekurangan Kerajaan Negeri atau Khalid sendiri?

Rasanya kalau nak kata yang kerajaan negeri cuma pemegang minoriti juga tak munasabah. Maklum sajalah, pemegang minoriti ini adalah tuan punya konsesi yang Syabas sedang laksanakan. Rasanya kalau wakil kerajaan negeri dalam lembaga pengarah Syabas bersuara, mestilah pengarah yang lain fikir masak-masak sebelum nak tolak.

Beliau kata lain, tetapi tindakan yang beliau buat adalah lain. Memang ada masalah mental si Khalid ni. Atau demi permainan politik, beliau terpaksa mencari sebab untuk menghalang segala tindak-tanduk Syabas dan membantah apa jua cadangan, walaupun apa yang Syabas cadangkan itu bernas.

Apakah Khalid sengaja mahu menunjukkan bahawa Syabas tidak cekap dalam menguruskan air di Selangor, lalu ia menjadi sebab utama kenapa Kerajaan Negeri Selangor mahu membeli Syabas. Sedangkan, selama ini Khalid sendiri yang cuba mensabotaj Syabas dalam setiap perancangan bagi memperbaiki sistem air di Selangor.

Kalau Syabas lemah bermakna Kerajaan Selangor pun lemah. Serupa seperti kalau Elizabeth ambil tanah Yayasan Selangor tempiasnya pergi ke Khalid. Tapi bila part Syabas, Khalid tai-chi balik kat Syabas. Ade ke patut..

Pulang Pinang juga negeri dibawah pemerintahan Pakatan Haram. Pulau Pinang diantara negeri yang hampir langsung tiada masalah air. Patutnya Khalid contohi cara Guan Eng handle air di Pulau Pinang. Guan Eng selalu beri kerjasama dan tidak pernah menolak sebarang projek menaik taraf berkenaan air yang dicadangan oleh Kerajaan Pusat. Atas sebab demikian Pulau Pinang tidak ada masalah air.

Guan Eng nampak yang perancangan program penstrukturan air Kerajaan Persekutuan boleh memanfaatkan penduduk dan industri Pulau Pinang. Jika Guan Eng, DAP boleh memberi kerjasama baik terhadap Kerajaan Pusat, kenapa Kerajaan Negeri Selangor yang di ketuai oleh Khalid Gagap PKR tidak boleh berbuat demikian? Apa masalah sebenarnya?

Masalah sebenarnya berpunca daripada Khalid sendiri. Khalid seorang Menteri Besar yang terlalu mementingkan diri dan tidak pandai membuat keputusan yang mana perkara lebih penting, dan yang mana kurang penting.

Malah Khalid juga tidak serius untuk menyelesaikan masalah air di Selangor, beliau lebih pentingkan cita-citanya untuk membeli syarikat konsesi air dari membina Loji simpanan air yang lebih besar untuk keperluan rakyat Selangor.

Apakah pemimpin seperti Khalid ini layak menjadi pemimpin di sebuah negeri maju seperti Selangor? Bagi Mc, Khalid langsung tak layak jadi Menteri Besar, apatah lagi untuk memimpin sebuah negeri maju seperti Selangor ni. Jika beliau terus mentadbir Selangor, Mc percaya akan ada masalah lain pula yang lebih kritikal akan muncul.

Rakyat Selangor seharusnya sedar akan keadaan ini, kerana setiap keputusan yang dibuat bakal membawa kemajuan, atau memakan diri sendiri.

McTheory: 
Khalid ni, patut jaga kedai runcit saja, tu pun bankrup kot rasanya nanti.. hehe..

Tiada ulasan: