Isnin, 30 Julai 2012

TUDIAA AIHH!! Apabila Blogger UMNO Di Panggil IBLIS!! #TukarKedah

Baca penjelasan kami di SINI dan SINI

Sedih betul Mc rasa apabila kami TMK disamakan dengan Iblis. Kenyataan yang dikeluarkan blog Pas Kedah yang diuruskan oleh Urusetia Penerangan Negeri Zulkifli Yahaya telah memfitnah kami TMK di bulan Ramadan yang mulia ini.

Apakah ini yang Pas panggil Islam? Mengelarkan seseorang muslim yang lain dengan panggilan buruk? Mereka mengatakan kami pemfitnah! Buktikan apa yang telah kami fitnah? Kalau benar kami fitnah, heret kami ke mahkamah. Kami tak takut berdepan dengan apa yang kami tulis di blog kami

Mungkin kami tidak tunjukkan muka. Well.. soal keselamatan juga jangan dilupa. Kami sekarang berada dibawah kerajaan negeri yang ditunjang oleh Pas. Kami juga perlu menjaga keselamatan diri dan keluarga, kami takut ada tindakan yang bukan-bukan dibuat oleh pihak penyokong fanatik Pas terhadap kami.

Mc beri contoh bagaimana Facebookers TMK, Aktivis UMNO Pekan Naka yang telah beberapa kali diugut oleh puak Pas. Hingga ada yang menelefon beliau untuk memukul beliau sekiranya beliau masih lagi aktif mengkritik dan menghentam kerajaan negeri Kedah dalam facebook beliau.

Apakah itu tidak bahaya? Malah rumahnya juga pernah dibuang bangkai ayam sebagai tanda untuk berjaga-jaga. Selamatlah beliau masih bujang trang tang tang.. kalau berkeluarga, rasanya beliau terpaksa pindah ketempat lain kerana bimbangkan soal keselamatan.

Kita kembali ke soal fitnah!

Blogger Pas kata, kami fitnah kerajaan negeri Kedah. Mc nak tanya balik, isu apa yang kami fitnah Kerajaan negeri? Isu kewangan KUIN? memang benar KUIN tengah nazak sekarang ni. Tarian separa bogel di kelab malam yang diluluskan oleh exco? Perkara itu benar.. surat sokongan exco yang mahu kelab malam lulus? Itu pun benar. Balak di Gunung Inas merosakkan alam semulajadi dan kawasan tadahan air penduduk? itu pun benar, bukan fitnah. Balak di Pedu tak ada EIA? Memang betul pun, disahkan oleh JAS. Balak Hutan Simpan bernilai tinggi di Pendang hilang tanpa dikesan? Perkara itu pun betul. Ketua PKR Langkawi seleweng duit khafalah? Itu pun benar. Malah yang terbaru.. Azizan beri kroni projek berjuta-juta ringgit? Itu pun benar..malah ianya akan bersambung dan tak habis lagi pembongkaran kami mengenai hal itu.

jadi apa yang kami fitnah kerajaan negeri?

Mungkin ada yang kata TMK mulakan fitnah terhadap Sanusi Setpol MB berkenaan isu songlap duit RM1.3 juta.

Cehh.. tolong skrin shot dan sertakan pada Mc, blog TMK yang mana mainkan isu tersebut. Kami ni ada intergriti. Tak main la setakat khabar-khabar angin. Malah kami tak campur pun isu tu. Mungkin ada blogger Kedah lain yang buat. Tapi apa yang Mc boleh beritahu, itu bukan kerja hasil air tangan kami.

Sebenarnya, tak ada pun fitnah.. malah kami yang difitnah berulang kali oleh blogger Pas Kedah hingga ada yang katakan kami Cybertroopers yang dilatih oleh APCO yahudi. ha ha ha.. malah kami juga dibayar oleh Dato' Mukhriz Tun Mahathir dengan bayaran rm2000 sebulan, hanya untuk menghentam kerajaan negeri Kedah. Aduh.. lawak benar rasanya perkara ni.



Yang tak tahannya siap edit letak star of david dekat logo TMK. Lihat gambar bawah
UBAH LOGO TMK

Dari sumber mana agaknya blogger Pas ni dapat? ha ha ha.. jauh panggang dari api. Ini baru namanya fitnah. Main tulis saja tanpa ada sumber rujukan yang betul. Malah dari segi psywar pulak, troopers Pas Kedah agak jauh ketinggalan berbanding kami. Kalau berminat, jemputlah kami mengajar training psywar. Tak payah panggil APCO, anak melayu Kedah pun pandai. he he..

Sebelum Mc lupa, Mc nak pesan something pada Pas Kedah. Lain kali, ikut pesanan Azizan, buat kerja cara Islam. Dulu dok kutuk UMNO lumat, kononnya tak berapa nak Islamik. Kini bila depa dah jadi kerajaan negeri, bukan kata nak perkasakan Islam. Malah masalah sosial di negeri Kedah semakin teruk.

Sudah la ekonomi pun tak maju, infra teruk, masalah sosial pun meningkat. Kiranya tak ada langsung perubahan kearah kebaikan sejak Pas memerintah negeri Kedah ni. Semakin teruk ada la. Bagi Mc dan TMK, kerajaan negeri Kedah sekarang yang ditunjang oleh Pas Kedah dah tak relevan. Takdak perubahan. Malah makin teruk..

Pada pembaca semua rasanya, perlukah kita beri mandat kedua kepada orang-orang ini lagi?


P/s: Tolong komen sikit wahai rakyat Kedah yang amat disayangi..


McTheory:
Bak kata orang tua-tua, buat mengabihkan beras saja, bagi kat depa ni..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO TAK PERLU NAK GUNA PENDEKATAN MCM YAHUDI PASRAEL PSL KERAJAAN PAS KEDAH MMG DAH NAZAK PUN..WARGA KEDAH TUNGGU MASE JEK NAK SEPAK PUNGKOQ JIJAN KEHKEHKEHKEH

Unknown berkata...

Salam Tuan... Disini kami memohon masukkan link blog Warigh Nogori ke dalam senarai blog list Tuan dan untuk pengetahuan Tuan, blog hebat tuan telah pun kami senaraikan ke dalam blog list kami... Demi perjuangan, diharap Tuan dapat berikan kerjasama... TQVM.

Url blog kami: http://warighn9.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan bFreemalaysiakini2 , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Tanpa Nama berkata...

Salam, jangan sedihlah kalau puak pemuja syiatan (PAS) berkata soal Iblis sbb itulah taktik mereka bila mati akal.
Sebenarnya yg bersahabt dgn syaitan dan meniru gerak langkah iblis ialah pemimpin2 PAS. Usahlah kita sedih dgn cacian org2 sesat Khawrij PAS.. mengapa? sedangkan Allah Tuhan Yang Esa pun pemimpin2 PAS slamber sekutukan demi undi, siap sokong gereja murtadkan org Islam.

Malah Paderi Besar PAS di Kelantan, Pok Nikcy tk henti2 hina Allah, hina Nabi, samakan Rasulullah mcm budak2 kg.. jd mereka lah sbnrya iblis dan syaitan

Lihatlah apa jd dgn Alor Setar, apa jd dgn KUIN. Dulu Alor Setar anatar bandar 'mati' di waktu malam lepas solat Isyak kerana budaya dan suasana yg UMNO BN bina tidak ke arah maksiat

Jalan Putra wpun beberapa kali cuba dihidupkan dgn Karaoke, Pusat Snooker, Pelacoran, tetapi akhirnya mati di zaman UMNO.. krn dasar UMNO wpun tidak melalak soal Hudud. tp perlaksanaan menjurus kepada Islam.

Cuba lihat sejak PAS Laknatullah perintah. Logik akal kita berkata Madrasah jgn dirobohkan. Tp bangsa PAS Yakjud Makjud kata alaaah.. Madrasah tu bukan ada org pun..roboh ja.. buat Aman Sentral duit masok.. surau kan ada.. dan berhempas pulas lah bngsa Yakjud Makjud PAS ini mebcari dalil untuk halalkan kerja jahat mereka

Sesungguhnya PAS sgt kotor dan zalim. Sekotor air yg mengalir dlm longkang2 di Pekan Cina. Tp bangsa yg Allah matikan hati, PAS tetap mendabik dada dgn kegagalkan dan kejahatan mereka.

Doalah pd Allah, semoga Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir bg kita rakyat Kedah di tadbir oleh PAS Khawarij laknatullah!

Saya rindukan pemerintan era BN UMNO dahulu yg cukup sederhana. Tiada gunung yang botak krn mahu cpt kaya, kita Aman dan Damai.. KUIN ialah pusat pengajian agama di Alor Setar, PAS rosakkan dgn campru aduk kos2 yg tidak sesuai. Akhirnya semuanya rosak

Bukti apakah lg yg kita mahu untuk tolak PAS Laknatullah ini wahai kawan2 anak2 Kedah? Usahlah kita menipu Allah.. berikan undi pd puak yg sesat lagi perosak ini

Insya Allah kembalikanlah Kedah pd UMNo BN. seteruk2 Mahadir Khalid pun Kedah masih terjaga dr maksiat dn kerosakan alam sekitar

Wallahulam

Tanpa Nama berkata...

Salam TMK..hati2 dgn golongan pas yang sedang buat serkap jarang ni..tujuan dia nak dptkan info dan maklumat utk mendedahkan tuan. Tuan tlh memainkan peranan hebat mendedahkan kelemahan.yg ada di negeri kedah ini...tp pe pun paling tk tahan leman diangkat sebagai penceramah n selebriti oleh pas.takdak tokoh lain ke selain leman utk diangkat?