Ahad, 22 Julai 2012

PANASS!! SAH!! Balak di Gunung Inas dan Pedu Langgar Peraturan!! #TukarKedah #JijanBalak

balak gunung Inas..

balak di Pedu
Sudah terbukti pembalakan di Gunung Inas sudah melanggar peraturan Jabatan alam sekitar. Sehingga memaksa, Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan notis pemberhentian..


Ini berita penuhnya dibawah..

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata aktiviti pembalakan Hutan Simpan Gunung Inas berhampiran Baling, Kedah telah dihentikan.

Katanya aktiviti pembalakan akan terhenti sehingga Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diserahkan.

Douglas berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sisa dan Pameran 2012 di sini, Khamis.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Halimah Hassan berkata pihak berkaitan aktiviti pembalakan itu sudah menyerahkan EIA namun ditolak.

"Jabatan Perhutanan memberitahu bahawa kerja-kerja berkenaan telah berhenti dan EIA tidak dikeluarkan," katanya.

Beliau menambah EIA diperlukan untuk dua jenis aktiviti pembersihan tanah.

"Ia diperlukan untuk aktiviti pembalakan di atas tanah 500 hektar dan ke atas. Selain itu dalam kes-kes yang melibatkan perubahan status dalam penggunaan tanah, EIA diperlukan bagi projek-projek yang melibatkan kawasan lebih daripada 50 hektar," kata Halimah.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Sayuti Sepeai juga berkata EIA Gunung Inas telah ditolak.

"Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini telah mengemukakan permohonan tetapi ditolak kerana ia tidak layak untuk menjalankan pembalakan yang luas di kawasan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk pembalakan di Pedu, EIA tidak pernah dipohon.

Sebelum ini The Star melaporkan bahawa kira-kira 5,000 hektar tanah di Baling dan Pedu telah dibersihkan sejak pertengahan 2011 untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek Ladang Sejahtera.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pembalakan di rizab hutan di Pedu, Jeniang dan Baling dilaksanakan mengikut garis peraturan dan panduan yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara. - mStar

Kerajaan negeri Kedah, bukan kisah kesan pembalakkan pada alam sekitar. Apa yang depa kisah hanyalah duit, duit, duit, duit. Kalau air kotor ke, tanah runtuh ke, banjir kilat ke, jalan lubang ke, kerajaan negeri mana pernah peduli. Asalkan poket depa penuh.. itu yang depa kisahkan.. selamatlah Jabatan Alam Sekitar keluarkan notis, kalau tak macam-macam lagi yang akan terjadi kesan dari pembalakan tu.



McTheory:
Balak, balak, balak..kalau boleh satu Kedah depa nak rembat!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kroni-kroni MB Kedah bermaharajalela sapu duit rakyat dan hasil bumi Kedah. Ketua Eksekutif PMB Kedah dok buat apa? Setakat dok kelentong orang Kedah boleh la. Buat itu buat ni, habok pun tak dak.

Tanpa Nama berkata...

'Pembakalan telah dihentikan..'? setelah LICIN GONDOL Bukit Palong Baling di tarah bangsa Yakjud Makjud PAS ini??

bangsa PAS di Kupang hanya senyum2 kambing tidak berani ckp pasal bukit yg didepan mata mereka gondol..sbb itulah cara ISLE yg diajar oleh bapak guru sesat mereka di Kelantan.. mesti wala' (patuh) pada pemimpin Rejim mereka PAS.

Org Kedah pulak byk yg otak 'slow'.. bukit dh gondol habis baru nk masuk paper.. padan muka lah esok anak cucu pakat tanggung sama..

khazanah Hutan dan bukti adalah Nikmat Allah yg tidak ternilai, tiada gantiannya dgn wang krn dr situlah kita perolehi sistem alam yang STABIL..bekalan air yg jernih dan bersih..TANGKI OKSIGEN buat manusia.. Allah telah wujudkan sistem yg cantik dan kompleks ini.. ditapisnya air2 bukit untuk kita..

Tapi bangsa yg rakus lagi jahat seperti bangsa PAS tidak peduli itu semua.. bg mereka HUDUD PAS itulah paling tinggi dr Allah.. mereka berbayang2 dgn kepalsuan.. segala hukum dan perjalanan sunnahtullah tidak mereka pedulikan yg mereka fikir ialah DUIT dan HUDUD PAS..

merekalah bangsa yg paling sesat di muka bumi Allah ini setelah Yahudi dan Nasara!