Selasa, 17 Julai 2012

PANASS!! Pembelian Saham PKNK, Mahfuz Omar Salahkan UMNO!!



Mahfuz tak sudah-sudah menyalahkan UMNO dalam segala kesilapan yang dilakukan oleh Pas. Malah dalam hal pembelian saham FGVH oleh PKNK kali ni pun, Mahfuz tetap menyalahkan UMNO. Katanya kakitangan PKNK tu orang UMNO dan mereka sudah biasa dengan sikap macam tu.

Apa masalah dengan Mahfuz ni? Takkan PKNK nak beli saham yang harganya jutaan ringgit dan ianya tidak diketahui langsung oleh ahli lembaga pengarah yang diketuai oleh Ustaz Azizan? Macam tak logik saja pun. tapi itulah yang dicakapkan oleh Mahfuz. Bangang sungguh rasanya si Mahfuz ni..

KUALA LUMPUR - PAS melihat pemilikan 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah disebabkan “salah urus” kakitangan syarikat berkenaan yang “telah biasa” membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) menjelaskan, kakitangan syarikat tersebut berkemungkinan telah membuat keputusan untuk membeli saham FGVH itu berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan “pegangan politik” kerajaan negeri tersebut.

“Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno.

“Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan, bukannya pegangan politik kerajaan negeri,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, PKNK mengakui memiliki pegangan 500,000 unit saham FGVH yang diperolehi melalui prosedur sah tanpa kaitan politik.

“Unit saham FGVH yang dimiliki PKNK adalah di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera.

“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” kata Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Jelas Mahfuz, beliau tidak melihat sebarang unsur sabotaj dalam pembelian saham tersebut kerana pendapatan yang bakal diperolehi daripada penjualan saham FGVH itu adalah untuk kepentingan negeri, dan bukannya atas kapasiti kepentingan peribadi. Duit itu nanti bukan untuk kepentingan peribadi. Ia akan disalurkan kepada kepada kerajaan negeri.

“Saya tidak lihat wujud unsur sabotaj dalam perkara ini ... kakitangan ini telah biasa mendahului lembaga pengarah dalam membuat keputusan, amalan biasa pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya dan menambah,”kita perlu ambil sedikit masa untuk mengubah amalan mereka.”

Sementara itu, dalam laporan media sebelum ini, pengarah eksekutif PKNK menjelaskan, “mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.”

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak. PKNK mensasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, PKNK juga sudah menjual sejumlah 50,000 unit saham FGVH di pasaran dengan harga RM5.50 seunit dan memperoleh keuntungan kasar sebanyak RM47,500.

Malah, Abdul Rahman turut menegaskan pembelian saham itu juga tidak melibatkan pendirian politik pemimpin PR, sebaliknya PKNK hanya memberikan fokus kepada perniagaan dan mahu membantu lebih ramai usahawan Bumiputera di Kedah.

Beliau turut menjelaskan, PKNK adalah badan berkanun kerajaan yang berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dengan pemantauan daripada Kementerian Kewangan.

Lembaga Pengarah PKNK turut diwakili tiga wakil dari peringkat Pusat, termasuk wakil dari Miti, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. - Utara News

P/s: susah bila orang bodoh tapi berlagak pandai!!


McTheory:
Mahfuz-mahfuz bila nak cerdik ni..

5 ulasan:

hanizam berkata...

macam sial je komen dia...ape punya manusialah dia ni...

kalau salah PAS @ juak PAKATAN yang buat, semuanya disalahkan BN/UMNO..

padahal sendiri yang salah...bodoh sendiri tak nampak, bodoh orang je nampak...

macam ni kalau jadi menteri kabinet, alamat lingkuplah...

Anak Lenggong berkata...

Aduhh..betapa bodoh dan bangang nya saorang naib presiden PAS..perkara besar yang melibatkan pengeluaran wang yang banyak pun tak kan laa tak melalui keputusan lembaga pengarah..patut laa duit khohilal tu ilang..

Muhammad Naguib bin Kaharudin berkata...

Salam Tuan, Mohon pautkan blog saya

http://gombakgempur.blogspot.com/

TQ

Tanpa Nama berkata...

Macam tu, bila nak pecat kakitangan yang dikatakan penyokong UMNO tu??? Berani ke Mat Bean Put????

Tanpa Nama berkata...

salam, bebal sungguh yb , tak tau mana keputusan ekonomi yang membawa keuntungan & politik yg bodoh macam yb..... cadangan pi belajaq lagi yb , muka takdak nur lansung kerana terlalu banyak hasad dengki & fitnah ....... bebawak tobat yb & balik jaga anak bini ..... nanti ada orang bagi kaunseling pukul 2 am ........