Selasa, 31 Julai 2012

PANASS!! Mahfuz Omar Puji Najib Razak Baguih Katanya!! cc @NajibRazak @MahfuzOmar


Kisah Mahfuz Omar puji DS Najib ni sebenarnya diceritakan sendiri oleh Ketua Pemuda Pokok Sena, Haris Che Mat. Kata beliau, Mahfuz pernah mengajak beliau berbincang mengenai politik di Kedai kopi, dengan tingkah laku beliau tu, nampak sangat Mahfuz berhasrat menjadi hero dikalangan pelanggan yang ada di kedai terbabit. Majoriti pelanggan di kedai tersebut pun majoritinya orang Pas. Biasa la orang Pas memang suka lepak kedai kopi malas bekerja.

Nak dijadikan cerita, Haris pun menerima pelawaan Mahfuz yang dipanggil beliau Abang Haji.

Mahfuz pun memulakan bicara,

"Haris, aku tengok Najib ni baguih, pentadbiran dia pun baguih, orangnya pun baguih, ideanya pun baguih, tapi apa yang tak baguihnya ialah, isterinya tak pakai tudung. Itu yang paling tak baguih. Islam kot mana kalau tak pakai tudung" kata Mahfuz sambil disambut gelak tawa oleh penyokongnya.

Haris membalas hujah sambil memegang cakap Mahfuz yang DS Najib baik dari segala segi.

"Abang Haji cakap Najib ni baguih, pentadbiran dia pun baguih, orangnya pun baguih, ideanya pun baguih, tapi apa yang tak baguihnya ialah isterinya tak pakai tudung" sambil mengulang ayat Mahfuz yang awal tadi.

"Biasa la Abang Haji, takdak manusia yang sempurna di dalam dunia ni. Lagi pun soal tudung tu kan peribadi isterinya, buat apa kita masuk campur hal tu? Bukankah lebih baik kita fokuskan kepada pentadbiran negara saja"

"Kalau nak diikutkan masalah peribadi, Ketua pembangkang lebih banyak masalah, namun Anwar tetap pilihan sebagai Ketua Pembangkang, kerana apa? Kerana dalam Pakatan pembangkang, Anwar paling bagus diantara semua. sebab itu masalah peribadinya ditolak mentah-mentah oleh puak Pakatan lain" sambung Haris lagi.

"Sama juga dengan DS Najib, Abang Haji sendiri mengakui Najib bagus dalam serba serbi, mungkin soal tudung orang nampak beliau tak ambil berat. Belakang kita siapa tahu, amal yang dilakukan oleh isteri beliau telah menutup kesalahannya". kata-kata Haris menyebabkan Mahfuz dan penyokongnya terdiam.

Cukup sampai situ..

Betul cakap Haris Che Mat. Manusia bukan semua sempurna. Hanya Allah SWT yang serba serbi sempurna. Cerita ni Mc bawa, sebab Mc nak tunjuk kepada semua pembaca, bahawa Mahfuz, Ahli Parlimen yang paling bising dalam Parlimen pun kata DS Najib ni baguihh.

Selalunya dia Mahfuz cuma tahu komplain, namun didalam hati dan sanubarinya.. Mahfuz Omar akui bahawa Datuk Seri Najib Razak memang Perdana Menteri yang tersangat Baguihhh pentadbiranya.


McTheory:
Hangpa tak percaya? pi tanya Mahfuz sendiri la.. he he..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini fitnah umngok yg x sudah2!!