Ahad, 15 Julai 2012

PANASS!! Lagi Tragedi Kubur Cina Kaya Di Sungai Kob, Kulim. Kedah.

Benarkah ada rusuhan di Sungai Kob, Kulim ?

Petang tadi Mc sudah memainkan isu ini dengan cara dan teori Mc sendiri. Kali ini detail dibawa dari sahabat-sahabat seperjuangan Mc di TMK. Kulim (Kedah) di gemparkan dengan satu cerita dari pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memanupulasi maklumat menuduh Jawatankuasa Bertindak Membantah Memorial Park cuba mengadakan rusuhan ke dalam kawasan Memorial Park, satu kawasan yang menjadi satu petikaian di antara Jawatankuasa Bertindak yang mewakili penduduk kampung dengan pengusaha Memorial Park Sungai Kob.
Akibat cerita yang tidak bertanggungjawap dari pihak tertentu di percayai mempunyai kepentingan dalam pembinaan Memorial Park. Pihak Polis telah mengerahkan hampir 400 anggota Polis termasuk FRU mengawal kawasan Memorial Park Sungai Kob. Dari maklumat yang Team Medai Kedah perolehi ketika berada sendiri di kawasan tersebut, Jawatankuasa Bertindak Mebantah Memorial Park hanyalah mahu membuat kenduri menyambut Ramadhan di tapak khemah kawalan yang di dirikan untuk berkawal bagi tidak membenarkan usaha pihak pengusaha Memorial Park meneruskan pembinaan.
Ternyata ada pihak yang tidak puas hati kepada Jawatankuasa Bertindak Membantah Memorial Park yang kini kian mendapat sokongan dari orang melayu di atas usaha mereka mempertahankan tanah hak orang melayu (Tanah Rizab Melayu) dari tergadai kepada orang asing.
Bagi Jawatankuasa Bertindak tersebut mereka akan tetap akan mempertahankan hak orang Melayu dari tergadai, mereka bersedia berjihad untuk mempertahankan tanah yang nyata sehingga 2011 dalam hasil pencarian yang di buat masih tertera Tanah Rizab Melayu dan berstatus tanah pertanian. Tidak masuk akal apabila tanah yang nyata Tanah Rizab Melayu dan berstatus pertanian boleh di dirikan Memorial Park, yang di jadikan perusahaan kawasan perkuburan berbayar untuk bangsa cina bagi mendapat keuntungan yang lumayaan kepada pihak pengusaha. Jika hendak di ambil kira Pihak pengusaha Memorial Park langsung tidak mengambil kira sensitiviti perkauman yang di kawasan sekelilingnya majoriti berbangsa Melayu malahan didirikan di atas Tanah Rizab Melayu. Untuk pengetahuan semua, kini kes ini di bawa ke Mahkamah di atas hasil usaha Jawatankuas Bertindak tersebut untuk mendapat pengadilan hak bangsa Melayu yang cuba di pertikai pengusaha Memorial Park. Team Media Kedah menyokong penuh tindakan yang diambil Jawatankuasa Bertindak tersebut kerana ternyata tindakan yang di buat pengusaha Memorial Park meneruskan projek perniagaan mereka adalah demi keuntungan pihak tertentu yang membuat kawasan perkuburan sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. Jika hendak di kira kawasan perkuburan yang telah tersedia ada kepada bangsa Cina, hanyalah 3 kilometer dari kawasan yang hendak di bangunkan Memorial Park Sungai Kob malahan masih terdapat banyak tempat yang kosong, ini menunjukan Jawatankuasa Bertindak tidak menafikan hak bangsa lain di Sungai Kob, Kulim tapi mereka memperjuangkan hak orang Melayu ke atas Tanah Rizab Melayu. Sumber :-Team Media Kedah

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan kubur ni umngok yang luluskan ka?

Tanpa Nama berkata...

Kubur ini pada dasarnya di luluskan pada 2007, namun projek ini tidak di benarkan kerajaan Negeri ketika itu kerana di dapati di dirikan atas tanah rezab melayu. Namun perkara ini terdiam sehingga 2009, namun setelah itu Kerajaan negeri baru yang meluluskan kembali projek ini.

Dari hasil carian dalam pejabat tanah,tanah ini di geveat kan pada 2012.