Isnin, 30 Julai 2012

PANASS!! Lagi Bukti Pas Punya Kedah Sejahtera!! #TukarKedah


PAS Kedah sering berbangga dengan perolehan hasil balak berkali ganda sejak PAS mentadbir negeri Kedah. Namun di sebalik hasil balak yang diperolehi, kebajikan rakyat di Kedah langsung tidak dipedulikan. Infrastruktur jalan dan longkang juga tidak dibaik pulih atau dinaik taraf. Hasilnya, banyak yang rosak.

Jika di lihat dari perolehan balak yang di katakan berkali ganda lebih dari perolehan zaman BN mentadbir Kerajaan Negeri, apakah Kerajaan Negeri sekarang tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai pentadbir sehingga terpaksa biarkan rakyat mengalami kesusahan seperti yang berlaku kepada penduduk lorong shariff, Jalan Langgar?

Atau kerajaan negeri sekarang hanya lebih suka berpolitik, dari mentadbir negeri kearah yang betul? Atau sememangnya puak ni langsung taktau cara nak tadbir sebuah negeri dengan baik? Kalau tak tahu, serahkan balik Kedah kepada UMNO/BN, dari terus dirosakkan oleh Pas yang dunggu ni.

Tapi apa nak buat, rakyat Kedah juga yang pilih depa ni..

Tepuk dada tanya iman. Jangan tepuk dahi sudah.. heh..

Sumber asal Media Kedah,

McTheory:
Longkang pun nak suruh menteri cuci ka? teruk sungguh..

Tiada ulasan: