Khamis, 5 Julai 2012

PANASS!! Kematian Yasser Arafat Diracun Oleh Zionist Malaysia? #AntiAnwar


Bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004 dipercayai berpunca daripada racun polonium-210, menurut laporan makmal di Switzerland dan disiarkan oleh Al-Jazeera, kelmarin. Ketua Institut Radiasi Fizik, Francois Bochud berkata, kajian itu dijalankan ke atas beberapa sampel biologi yang diperoleh daripada Suha, balu Allahyarham.

"Apa yang boleh kami rumuskan adalah hampir keseluruhan sampel yang diberikan itu mempunyai kesan polonium-210 (bahan radioaktif semula jadi membebaskan sinaran alfa berbahaya pada tahap sangat tinggi," jelasnya.

Menurutnya, jika Suha mahu mendapatkan pengesahan lanjut, mereka perlu menggali semula kubur Allahyarham untuk memperoleh sampel bagi melakukan penyelidikan lebih terperinci. Difahamkan, jenis racun sama turut digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko pada 2006. Penerima Hadiah Nobel Keamanan tersebut menghembuskan nafas terakhir pada umur 75 tahun pada 11 November 2004 selepas beberapa minggu dirawat di sebuah hospital di Perancis.

Semalam Isteri kepada Allahyarham membawa barang kemas Allahyarham ke makmal untuk diperiksa, apabila diperiksa, jam tangan, cincin dan barang peribadi kepunyaan Allahyarham semuanya beracun dan disyaki menjadi punca utama kematian Allahyarham.

Doktor yang merawat Allahyarham pada masa itu turut gagal mengesan punca kematiannya. Sebelum ini, pihak berkuasa Palestin pernah mengesyaki pemimpin tersebut diracun oleh rejim Zionis, namun ia tidak disahkan secara rasmi.

Kematian misteri bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tersebut mula diperkatakan semula selepas rundingan damai bersama Israel masih gagal mencapai sebarang persetujuan berikutan sering kali tertangguh akibat helah rejim Zionis.


P/s: Zionist kat Malaysia ni pandai berlakon, dulu kata kena racun dengan arsenik, lepas tu kena suntik racun, yang peliknya tak mati-mati pun.. dah berbelas tahun dah.. dipercayai belajar ilmu kebal ayah pin kot.. he he..


McTheory:
Apa namanya.. err err.. Anwar Israel? lebih kurang laa..

Tiada ulasan: