Isnin, 28 Februari 2011

KASI PANAS!! PAS PERJUANGANKAN ISLAM BERSAMA DAP DAN BUKAN UMNO!!



Mctheory:
Pas pilih Dap, disebabkan Islam Dap lebih kurang sama je dengan Islam Pas. Adik beradik la katakan..

KASI PANAS!! DS NAJIB KASI PANAS DI KERDAU!!



Mctheory:
He he he.. itu baru yang pertama tu..

KASI HANGAT!! MARI KITA HARAMKAN NAMA PAKATAN RAKYAT!!


Meminjam kata-kata Ahmad Maslan yang mahukan nama Pakatan Rakyat diharamkan. Kerana nama Pakatan Rakyat tidak layak digunakan oleh Anwar, Kit Siang dan juga Hadi atau N.ajis. Mereka ini bukannya majoriti yang mewakili rakyat, mereka ini sebenarnya pemimpin yang direject oleh rakyat kemudian bergabung semata-mata untuk kuasa politik.

Siapa Anwar? bekas TPM yang bermasalah dari segi kerja dan peribadi. Pernah dihumban ke Penjara Sungai Buloh kemudian dibebaskan. Agen Amerika dan Yahudi, terlibat dengan aktiviti 'main belakang' yang serius dan masih lagi keep in touch dengan Mahkamah disebabkan kantoi 'main belakang'.

Siapa Kit Siang? Bekas setiausaha LKY (lee kuan yiew) PAP Singapork, pernah kalah beberapa kali dalam PRU hinggakan DAP tersungkur terus. Bekas ketua pembangkang yang langsung tiada jasanya dan yang terakhir, orang ini juga terlibat dan menjadi punca pencetus rusuhan kaum pada 13 Mei.

N.ajis pulak siapa? MB Kelantan yang selalu syok sendiri. Sendiri menyuruh orang memanggil nama Tok Guru. Bekas Ustaz Sekolah Rendah, gagal dalam mentadbir Kelantan, malah dia juga ada anak hantu yang mengabihkan harta rakyat di Kelantan.

Hadi Awang? Bekas MB Terengganu yang direject rakyat. Malah kuasa dan pengaruhnya semakin kurang, hinggakan ahli penganut agama Pas lebih dewa-dewakan N.ajis dari Hadi. Pernah digelar sebagai 'Pak Lah dalam Pas'. Al maklumlah.. Pak Lah kan suka tidur. he he he..

Jadi, layakkan orang-orang sebegini mengunakan nama Pakatan Rakyat? Rakyat mana yang mahukan mereka mentadbir? Rakyat mana yang menyokong mereka? Majoriti rakyat Malaysia, masih mahukan BN untuk memerintah Malaysia. Hanya sebilangan rakyat yang terpedaya dengan janji manis dan tipu helah mereka.

Impian mereka hanyalah untuk memerintah dan bukannya untuk membuat perubahan. Sepatutnya mereka pemimpin yang telah direject ni tak layan mengunakan Pakatan Rakyat, mereka layak untuk mengunakan Pakatan Reject!, Pakatan Haram dan juga Pakatan Menipu. Kita sepatutnya bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang, jangan sampai menyesal dikemudian hari.


P/s: Menyesal kemudian tak berguna beb...

Mctheory:
Sanggupkan gadaikan masa depan untuk orang-orang sebegini? Percayakah?

SOKONG TINDAKAN JAIP MEMANTAU AKTIVITI MASJID UNTUK SEMENTARA!!


Mc sokong tindakan Jabatan Agama Islam Pahang menghantar wakilnya bagi memantau dan ambil alih sebarang aktiviti oleh AJK Masjid dan Surau di Dun Kerdau. Ini kerana seringkali masjid dan surau digunakan sebagai tempat berkempen oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Disebabkan tindakan tegas pihak JAIP, menyebabkan pemimpin tertinggi Pas dan penyokongnya tidak senang duduk akibat disekat dari mengadakan tazkirah politik didalam masjid.

Walaupun bukan semua masjid dikendalikan oleh AJK yang menyokong Pas, tetapi tindakan wakil pegawai JAIP yang mengawal sebarang aktiviti yang melibatkan parti politik adalah satu tindakan terpuji. Peliharalah masjid dan surau dari disalahgunakan.

Islam tidak melarang kita berpolitik, tetapi menjadi salah apabila Islam digunakan sebagai alat untuk berpolitik.

Sebagai contoh salahguna terjadi di Masjid Rumpun Makmur, hasrat beberapa AJK masjid itu untuk meminta N.ajis menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat. Namun hasrat mereka disekat apabila ada arahan yang melarang tazkirah oleh ahli politik kepada jemaah.

Walaupun dimaklumkan tazkirah yang akan disampaikan oleh N.ajis tidak mengandungi unsur politik, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, hasrat mereka harus disekat.

Siapala yang tak kenal orang tua N.ajis tu, mulut bukan ada insuran pun. Cakap main lepas je, dia bukan kisah, dalam masjid ke, luar masjid ke, bila keluar je perkataan dari mulutnya, pasti akan disabitkan dengan politik.

Harap pendekatan yang dilakukan oleh JAIP ini akan diikuti oleh Jabatan-jabatan Agama Islam daerah dan negeri yang lainnya.

P/s: dengar cerita Pas akan bantah habis-habisan pendekatan baru JAIP ni.

Mctheory:
Nampak sangat, puak penganut Agama Pas ni susah nak diajar!!

Sabtu, 26 Februari 2011

KES LIWAT!! RAM KARPAL SEMAKIN BLURR!!


Ada ketika perbicaraan tadi kalangan yang hadir dapat melihat Anwar menggeleng-gelengkan kepala dan mendengus bila mendengar soalan daripada Karpal. Mahunya tidak, Anwar sendiri merasakan soalan Ram Karpal menyimpang jauh dan tidak akan mampu menutup peluang untuknya ke Sungai Buloh. Anwar menoleh ke belakang; dan adakala meminta Kak Wan supaya membisikkan sesuatu kepada Sankaran. Kak Wan tak terus pergi. Memberikan isyarat tunggu dan sabar kepada Anwar. Nampak sangat Anwar semakin resah.

Soalan Ram Karpal yang membuat Anwar mendengus adalah berkenaan kemungkinan DNA Inspektor Jude Pereira menjadi ‘penyumbang’ kepada rantaian DNA yang ada di dubur Saiful. Logik? Come on lah Ram. Carilah soalah yang lebih ada nilai. Rugi Anwar cari penaja guaman dengan harga jutaan dollar (USD). Bukan RM ya.

Yang buat Anwar sangat kecewa adalah dalam mesyuarat team guaman; telah dipersetujui supaya Ram tidak menyerang integriti pengurusan barang kes PDRM. Ini dah dipersetujui. Tidak akan ada ruang untuk mencari salah kerana setelah beberapa kali dinilai – Jude Pereira mengamalkan ‘extra precaution’ dalam pengurusan DNA. Setiap kali bahan bukti dipegang dengan beralas. Disimpan di dalam peti sejuk yang terkunci rapi.
Yang perlu dipertikai dan dipersoal adalah kaedah pengurusan HKL. Anwar tahu, disebabkan terlalu banyak kes di HKL; institusi itu adalah ‘lubuk masalah’ kepada kes ini. Telah dipersetujui bahawa serangan akan ditujukan kepada HKL dan bukan PDRM. Ini dah agreed upon.

Sebab itulah muka Anwar jadi sengal apabila Ram masih lagi nak mempersoal Jude. PDRM is IUT OF QUESTION. Anwar banyak kali tegaskan dalam meeting guaman.

Apakah logik; sebagai seorang yang lama dan berpengalaman dalam PDRM; Jude akan membuka ruang untuk sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan dalam proses siasatan. None. Anwar dah pesan kepada Ram Karpal supaya fokus kepada HKL. HKL sahaja!!!

Kalaupun ada yang Ram ‘score’ sedikit adalah apabila menyoal mengenai kemungkinan pakar HKL tidak menurut kriteria. Bab tu Ram adalah dapat score sedikit. Tapi belum tentu dapat dapat merit secara perundangan.

Aidora tekankan bahawa dia tetap ikut ‘standard guidelines’. Kriteria lain adalah extra precaution yang dia mengaku kurang sedikit dia laksanakan.

Ram Karpal memang sudah mendatangkan kemarahan kepada Anwar bila terus menyoal kemungkinan Jude yang mencemarkan DNA. Bab itu, Anwar sendiri tidak boleh terima.
Aidora juga tekankan, dia tidak melakukan ‘test’ sambil mengetahui perincian mengenai DNA lain. Tak. Maknanya, Aidora tak tahu pun test yang dia lakukan akan dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sebagai seorang pakar, Aidora hanya berminat untuk mendapatkan kebenaran.

Ram Karpal better improve kemampuannya menyoal soalan; atau Anwar akan jadi semakin ‘give up’ dan kecewa.

Kita tak mahu Anwar give up awal sangat. Banyak lagi cerita belum habis ni. Semalam punya proceedings sahaja dekat 101 mukasurat. Boleh buat buku.

Gelagat Anwar

P/s: idea nak pusing dah habih.. tunggu masa saja la..

Mctheory:
Anwar dah mula rasa kecewa!

AIKK?? SEJAK BILA PUAK PAS DAN PAKATAN TAKUT DENGAN KARTUN NI??


Bila buat kat orang tak berpada-pada, bila dah kena muka sendiri, mau rasa la sedapnya macam mana. Tidak dapat dipastikan risalah yang digembar-gemburkan itu adalah milik BN. Cuma Mc berpendapat, puak Pas dan Pakatan ni melompat sakan dan membuat sidang media mengenai risalah seperti ini adalah satu perkara yang amat pelik.

Sejak bila mereka yang selalu mengunakan risalah dan buku kartun untuk mengutuk orang, begitu berkecil hati apabila ada orang mengutuk mereka dengan cara yang sama. What u give, u get back la beb! Kononnnya risalah itu mengutuk perlaksanaan 'buku jingga' dan 100 hari selepas Pakatan memerintah.

Pelbagai gambaran buruk diselitkan didalam risalah kartun terbabit. Apakah ini kerja orang UMNO? Atau hanya gimik politik murahan Pas untuk mencari sebab kesalahan UMNO/BN?

Susah nak percaya puak tiga suku macam orang-orang Pakatan ni.

P/s: melompat sakan nampaknya Dap, kaya besar tu..

Mctheory:
Buku Jingga ka? Atau Kepala Jingga! 

FITNAH JAHAT!! RISALAH PALSU TERHADAP PERKASA!!


Risalah palsu yang mengunakan lambang Perkasa sedang disebarkan dimerata-rata tempat di Merlimau untuk bacaan kaum cina dengan tujuan membenci Perkasa. Selama ini Perkasa sering dikaitkan dengan UMNO, modus operandi mereka hanyalah untuk menakut-nakutkan kaum cina. Seterusnya baca sini.

P/s: Kilang fitnah puak Pakatan sudah mulakan operasi!!

Mctheory:
nampaknya keadaan akan jadi 'Lebih Hangat Dari Biasa!!'

APA KERJA MAZLAN ALIMAN?? SUMBER KEWANGAN MAZLAN ALIMAN??

Saudara Mazlan Aliman telah mula di kenali oleh ramai pihak semasa Pilihanraya Kecil DUN Tenang. Sebelum ini, beliau hanya di kenali di Felda, peneroka-peneroka dan mereka yang mempunyai kaitan dengan Felda sahaja. Beliau kononnya dikatakan seorang yang memperjuangkan keadilan untuk peneroka Felda serta Generasi Muda Felda. Namun hakikatnya, beliau adalah 'opoturnis' yang hanya menggunakan isu yang boleh membawakan keuntungan kepada beliau.

Saya berkata begini kerana sekiranya beliau ikhlas, beliau akan memperjuangkan ketidakadilan tanpa mengira fahaman politik. Namun memandangkan beliau juga adalah AJK PAS Pusat, perjuangannya hanya untuk kepentingan PAS sahaja. Sebab itulah beliau tidak mengungkit kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku di Kelantan (isu Ladang Rakyat), Selangor (penyalahgunaan wang rakyat) dan Kedah (ketidakadilan termasuklah kepada penyokong PAS sendiri). Ini adalah kerana, sekiranya di sentuh, silap-silap tak dapat jadi calon pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Kalau nak diikutkan dengan program dan aktiviti Saudara Mazlan ini, beliau memanglah seorang yang sangat sibuk. Mengikut teman-teman rapat Mazlan, jadual beliau memang padat. Ada saja mensyuarat dan ceramah yang perlu beliau hadir pada setiap hari dan ianya boleh dikatakan ke seluruh negara. Namun, pernah kah kita terfikir, dari manakah sumber pendapatan beliau? Beliau mempunyai isteri dan anak-anak yang perlu di beri makan serta tempat tinggal. Kalau kerjanya kehulu-kehilir bermesyuarat dan berceramah memburukkan kerajaan serta Felda, dari mana dia dapat duit???? Insyaallah segala maklumat tentang dari mana datangnya pendapatan beliau akan didedahkan apabila maklumat tersebut saya terima nanti.

Sekarang ini beliau sedang sibuk di DUN Kerdau kerana ada 3 kawasan Felda di situ... Sekali lagi kesian kat Mazlan kerana tidak terpilih menjadi calon. Ya lah, ada 3 kawasan Felda di situ....

Warisan Felda

TERHANGAT!! COMING SOON THREE IDIOT IN KERDAU AND MERLIMAU!! Anwar, N.ajis dan Kit Siang, berlakon??

Special thanks to Jeffry (Blog Dimensi)

Pada pengemar dan pengkritik filem melayu, pastinya tidak akan sabar dengan kemunculan filem lakonan Anwar, N.ajis dan Kit Siang. Cuma tayangan filem dan lakonan mereka ini hanya terhad untuk penduduk Kerdau dan Merlimau. Pada semua rakyat Malaysia amnya, mungkin akan melihat sedutan-sedutan filem lakonan 3 idiot ini dikaca tv atau berita-berita dalam negara.

Jumaat, 25 Februari 2011

MAZLAN ALIMAN PRO HAJI HADI??!!


Foto ini di petik dari satu laman blog seorang peneroka Felda yang memang 'tok-tok' penyokong kuat PAS. Dimaklumkan bahawa foto ini di ambil semasa satu majlis himpunan warga Felda di Terengganu.

Sebelum saya komen tentang tajuk di atas, saya hendak komen betapa tak bersyukurnya penulis yang juga mengambil foto ini. Bayangkan, beliau yang merupakan seorang peneroka di Pekan, Pahang, boleh pergi ke Kuala Terengganu untuk mengikuti majlis ini...
maknanya, beliau mempunyai banyak masa dari menghabiskan masa di kebun sawitnya. Beliau juga mempunyai kamera yang bagus untuk mengambil foto ini. Saya berkata begini kerana beliau telah memaklumkan di dalam blog beliau. Ini membuktikan bahawa beliau sudah semakin senang melalui kehidupan sebagai seorang peneroka...namun seperti biasa, manusia sering tidak bersyukur dengan apa yang mereka telah perolehi. Saya yakin, rumah beliau juga sudah semakin baik dari 10 tahun dulu manakala beliau juga sudah mempunyai kereta sendiri.

Khamis, 24 Februari 2011

KONSPIRASI AHLI UMNO NAK MENJATUHKAN UMNO?


Seorang pemimpin UMNO sedang merancang untuk mengkhianati BN. DIfahamkan dia telah buat pertemuan dengan beberapa kumpulan termasuk beberapa kumpulan ahli Parlimen BN yang kecewa dan NGO pro-India.

Dipercayai ada satu perjumpaan pada Ahad, Februari 27hb di rumah pemimpin tersebut.

Gerakan ini dibuat supaya mereka ada kuasa tawar menawar (bargaining power) dengan BN ala 916 yang Anwar cuba lakukan pada tahun 2008.

Dengan Anwar nampaknya pasti akan kembali ke kampung halamannya di Sungai Buloh (penjara), pembangkang hadapi hampagas dalam barisan kepimpinan. Pemimpin UMNO ini bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Dia melihat dia boleh mengisi kekosongan kepimpinan dalam Pembangkang dan lepas PRU 13, yakin akan Pakatan Rakyat menang dan dia terus mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Dia pernah uji formulanya sebelum ini melalui gabungan yang lepas-lepas.

Pembangkang percaya pemimpin tersebut mampu mendapat kembali sokongan orang Melayu yang sudah kembali kepada UMNO. Pemimpin tersebut menyebelahi PAS dalam isu royalti minyak. Sambung baca klik sini.

Berita ini boleh menjadi satu amaran, kepada UMNO. Musuh yang ada di luar dan dalam hanya tunggu masa untuk cuba menjatuhkan UMNO dengan strategi yang tertentu. Namun berita seperti ini juga boleh direka-reka oleh skuad kilang fitnah Pas untuk memecah-belahkan perpaduan UMNO.

Segalanya masih lagi menjadi tanda tanya. Apa yang boleh kita buat hanyalah tunggu dan lihat, sama ada betul ada pergerakkan dari dalam, atau hanya direka-reka sahaja.

P/s: ini kes nak cari sokongan melayu lani..

Mctheory:
Pas baru nak sedor, diri mereka tu melayu.. ingatkan arab mana tercampak kat sini.

MARI KENALI ROSLAN CALON BN MERLIMAU!!


Siapa agaknya Roslan bakal YB N27 Dun Merlimau ni...

Biodata Calon
Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967
Taraf perkahwinan : Berkahwin
Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar
Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )


Pendidikan


Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR )
Swansea Inst.
Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom
Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management ) DBM
Tahun : 1994-1996

Latar belakang Pekerjaan ( Terkini )

PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH )
Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM )
Jawatan terkini : Pengurus
Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi
Mula berkhidmat : 07 September 2009

Putra Merdeka

P/s: Apa agaknya modal puak Pakatan nak hentam si Roslan ni??

Mctheory:
Apa lagi, Pas buat fitnah, Dap berlakon sedih, Pkr jolok belakang..

DNA PELIWAT SUDAH DAHKAN PELIWAT ADALAH PELIWAT!


SEORANG ahli kimia memberitahu bahawa profil asid deoksiribonukleik (DNA) pada sebatang berus gigi, tuala kecil dan botol air mineral yang diterimanya adalah sepadan dengan profil DNA Lelaki Y yang ditemui di bahagian dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Nor Aidora Saedon, 38, yang juga Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008 berkata, ini menunjukkan bahawa kedua- dua profil DNA tersebut iaitu pada barang berkenaan dan Lelaki Y datang daripada sumber sama.

Menurutnya, kesepadanan itu diperoleh setelah beliau membandingkan profil DNA melalui calitan putik kapas pada barang-barang tersebut dengan profil DNA Lelaki Y dalam laporan yang disediakan oleh seorang lagi ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong.

"Saya telah diminta untuk membandingkan keputusan saya dengan laporan yang dibuat oleh Dr. Seah (Lay Hong). Saya memperoleh salinan laporan Dr. Seah daripada Ketua Seksyen Divisyen DNA, Lim Kong Boon.

"Selepas membandingkan profil DNA saya dengan laporan profil DNA Dr. Seah, saya mendapati bahawa DNA yang diperoleh daripada berus gigi, tuala dan botol air mineral itu sepadan dengan penyumbang DNA yang tidak dikenal pasti Male Y (Lelaki Y).

"Ini menunjukkan bahawa profil DNA itu datang daripada sumber yang sama,'' katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin.

Lay Hong dalam keterangannya di mahkamah pada minggu lalu menyatakan bahawa profil DNA Lelaki Y ditemui pada bahagian atas dan bawah salur dubur serta perianal (permukaan dubur) Mohd. Saiful Bukhari.

Dalam keterangannya, Nor Aidora memberitahu, perbandingan yang dibuat pada Short Tandem Repeats (STR) dalam loci profil DNA yang ditemuinya juga didapati menyerupai STR profil DNA dalam laporan kimia Lay Hong.

Menurutnya, untuk mendapatkan profil DNA tersebut, beliau telah melakukan calitan putik kapas pada bahagian berus dan pemegang berus gigi tersebut manakala calitan pada tuala dilakukan pada empat bahagian berasingan.

Sementara pada botol air mineral, calitan putik kapas dibuat pada bahagian pemegang dan di bahagian dalam serta luar mulut botol tersebut, katanya.

"Dalam kes ini, profil DNA berjaya ditemui pada calitan putik kapas pada berus gigi, tuala dan botol tetapi tidak pada dua helai bulu tersebut,'' katanya.

Menurut Nor Aidora yang berkhidmat sebagai ahli kimia sejak 1998, beliau menjalankan analisis DNA ke atas calitan putik kapas itu pada 19 Julai 2008 sebelum selesai dua hari kemudiannya manakala laporan analisis diserahkan pada 22 Julai 2008.

Dalam keterangannya, saksi pendakwa keenam itu turut menjelaskan mengenai bagaimana analisis DNA yang dilakukan melalui kaedah tindak balas rantaian polimerase (PCR) dan keunikan DNA iaitu setiap individu tidak akan mempunyai profil DNA yang sama kecuali bagi kembar seiras.

Jelas ahli kimia itu yang telah membuat analisis ke atas lebih 100,000 sampel DNA, padanan antara kedua-dua sampel DNA itu juga diperoleh setelah beliau membuat pengiraan statistik ke atas kebarangkalian padanan berdasarkan kepada pangkalan data populasi tiga kaum utama di negara ini.

Menurutnya, kebarangkalian profil DNA itu mempunyai padanan adalah pada kadar 1 nisbah 470 quintillion (470 x 10 kuasa 18) bagi kaum Melayu, 1: 52 quintilion (Cina) dan 1: 210 quantilion (India).

Selepas Nor Aidora selesai memberi keterangan di peringkat pemeriksaan utama, peguam Ram Karpal Singh memohon masa sehingga Jumaat ini untuk meneliti dokumen ahli kimia itu sebelum menyoal balas saksi berkenaan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan itu dan perbicaraan bersambung Khamis dengan seorang saksi lain akan dipanggil memberi keterangan oleh pihak pendakwaan.
- Utusan

P/s: nampaknya resort sungai buloh sudah memanggil-manggil Anwar untuk kembali...

Mctheory:
Run Anwar run....

TEMBAKKAN FITNAH PERTAMA KEPADA CALON BN KERDAU!!


Apakah Pas dah takdak modal lain? Bila ada calon BN yang mempunyai keputusan akademik yang agak cemerlang, puak-puak ni pasti akan kata sijilnya palsu. Sama macam P.Kamal kena di Hulu Selangor dulu, cerita yang sama jugak puak-puak ni buat.

Apakah sudah kilang fitnah Pas sudah kehabisan idea? Kalau benar calon BN Syed Ibrahim tu sijilnya palsu, macam mana beliau boleh dapat kerja menjadi penasihat peribadi Agama kepada MB Pahang. Tentunya Adnan Yaakob akan cari orang yang 'sangat' bijak pandai agama untuk menasihatkannya.

Sudah-sudahla Pas, cari la idea lain pulak. Kitaorang dah bosan dengan idea bodoh macam ni.

P/s: Tak pasal-pasal Adnan terpaksa naik pentas untuk jelaskan mengenai isu ini.

Mctheory:
baru calon dah kena fitnah!!

Rabu, 23 Februari 2011

WOII BONGGOK!! PAS BUKAN ISLAM!! ISLAM ADALAH ISLAM, PAS ADALAH PAS!!

Ni semua ikut ajaran Islam ka?
Mana punya tok guru ajaq kata Pas itu Islam? Nak muntah Mc baca luahan hati Bob Lokman menceritakan bagaimana pengalamannya masuk (menyertai) Pas.

Kononnya Fisabbillah, apa yang Pas buat pada perjuangan Fisabbillah? Junjung kaki Dap tu fisabillah ke? Cakap berapi-api, sedang tindakan, haram habuk pun tarak. Konon perjuangkan Islam, menegakkan Islam, bila kena jeling sikit dengan Dap, terus teluq sumbat masuk dalam perut.

Fisabillah pala otak apa macam tu?

Masih ingat lagi isu jual arak di 7eleven? Taiko Ronnie halang rampasan arak. Bagaimana pulak dengan kandang babi terbesar di Asia? Bagaimana pulak dengan lesen2 arak dan rumah urut yang bertambah2 di Selangor? Masa BN ada 700 lesen dikeluarkan, bila Pakatan pegang Selangor, lebih 2000 lesen minuman keras dan rumah urut dikeluarkan. Pas buat apa? Takkan tengok saja kot?

Kedah pun sama, pusat karaoke, pusat hiburan pun banyak, tak tutup pun. Dulu berapi-api kata nak tutup. Kelantan? Siap ada rumah pelacuran lagi, sebelah ja dengan pejabat MB. Apa Pas buat?

Dulu kata bila dapat Selangor, semua kilang arak nak ditutup, sekarang? Siap pindah kilang arak bagi tempat lagi besar. Cakap macam hindu mabuk, hari ni cakap, esok lupa, tulat buat balik. Macam ni fisabillah?

Kalau perjuangan korang benar2 dijalan Allah, korang takkan berpaling dan berubah-ubah prinsip. Ni macam sesumpah, kejap itu, kejap ini, Kejap halal, kejap haram. Apa kebendanya??

Tolongla jangan cakap Pas itu Islam, tolong la.. Pas adalah Pas, Islam adalah Islam. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah, untuk semua jenis manusia, tiada berpilih-pilih. Manakala Pas adalah sebuah parti banggang yang menyembah dewata N.ajis untuk memperalatkan Islam. Thats it!

Mc tak kisah kalau korang kata UMNO kurang Islamnya, sebab itu adalah hakikat UMNO sebuah parti politik. Tapi janganla korang kata Pas itu Islam, berbulu Mc dengar, nak muntah pun ada.

Wahai penganut agama Pas, tolong la sedor diri sikit. Kamu semua cuma ahli Pas, ahli sebuah parti politik yang memperalatkan Islam dan bukannya pejuang yang menegakkan Islam.

Tolong la sedar!!

P/s: susah kalau kepala otak dah penuh kata hasutan dari pemimpin Pas.

Mctheory:
Apakah mereka ini tak faham-faham? Bengap sungguh!

GAYA HIDUP MEWAH ANWAR DAN AZIZAH DI PERTIKAIKAN!!

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu menjadi sasaran kritikan oleh bekas orang kuatnya yang menyertai Umno, tetapi malam tadi, isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut menerima nasib sama.

NONEDalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Mengejutkan, ada yang sampai mencecah harga RM8,000 dan dia biasanya menempah 20 pasang setahun, dakwa Lokman.

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailBagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.

Dakwa Lokman, hanya NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berusaha menolong anggota keluarga sehinggalah mereka kehabisan dana.

Sehubungan itu, beliau menyoal, apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian - daripada 20 kepada 18 - supaya wang itu dapat disumbangkan kepada anggota keluarga tahanan ISA.

Katanya, Wan Azizah juga tidak memberikan sumbangan duit raya RM500 kepada setiap keluarga seperti diarahkan Anwar ketika masih ramai ditahan ISA.


sumber sini.

P/s: mahalnya beli baju.. gila shopping betul ni..

Mctheory:
Dok kata orang boros, depa pun sama boros jugak!!

KES LIWAT!! ANWAR ADA HARAPAN MENANG?? BERBALOI U.S DUIT BAYAR UPAH PAKAR AUSTRALIA!!

lama tak nampak logo ni!!


Hari ini, sebelah pagi perbicaraan bersambung dengan sungguh hangat dan sangat menarik. Kepada mereka yang tak berapa pandai (kelas Sastera) waktu SPM; memang susah sikit la nak faham dengan beberapa istilah saintifik yang tercatat di sepanjang tempoh perbicaraan. Macam-macam terma. Boleh tergeliat lidah dibuatnya.

Pagi tadi, Anwar membisikkan sesuatu kepada Rosli Ibrahim, menyatakan betapa dia puas hati dengan prestasi pakar DNA dari Australia. Anwar merasakan dia sudah mendapat beberapa advantage dengan soalan-soalan yang dibentangkan oleh pakar DNA. Anwar ada berasa lega sedikit, disebabkan soalan-soalan yang ditanyakan oleh RamKarpal memang bantu membuat mana-mana pakar sekalipun pening kepala. Apa yang pasti, kalangan pakar DNA daripada HKL memang tidak diberikan latihan apa-apa sekalipun dalam membentangkan kes masing-masing. Kita boleh nampak, dalam ketika tertentu, pakar DNA HKL pun pening kepala nak jawab soalan RamKarpal.

Kalau minggu lalu, banyak soalan ditanyakan tentang alat dan software yang digunapakai oleh Pakar HKL. RamKarpal bertanya banyak soalan. Antaranya, yang boleh kita petik adalah apabila Ram bertanya tentang penggunaan electropherogram dalam mengasingkan data mengenai DNA. Dr Seah jawab dengan tenang:-


It is a combination of a system which separate and detect the DNA fragment and there is a software called Gene Mapper which is stored in genetic analyzer and that converts the signals into digitize forms and the Gene Mapper uses a leather, a DNA fragment of non-sizes, called an allele- leather. It acts as measuring tape, where the sizes of DNA fragment of DNA types are being size and the results are being depicted in the peaks form. It was presented together with this report.


Ok, nampaknya jawapan pakar daripada HKL masih lagi memenuhi tuntutan pakar antarabangsa yang dibariskan Anwar. Anwar dan pakar Australia tak tinggalkan satu pun perkara yang tidak dibangkitkan. Sampaikan ‘kredibilit makmal kerajaan’ juga dipersoalkan. Ada ISO atau tidak? Ada sijil atau tidak. Semuanya ada dan lengkap.


Yang dijadikan isu, kononnya ada DNA 8 orang lain di dubur dan seluar dalam Saiful memang menghangatkan suasana. 8 orang tu! Bukan seorang dua. Siapa 8 orang tersebut? Ini sudah tahap ada parti seks. Soal utama jangan dilupa: Anwar terlibat atau tidak? Kalau ikut DNA…ada. Ini tidak boleh disangkal.

Hari ini, Dr Seah mengakui – adalah lebih elok untuk mendapatkan contoh spesimen lebih awal; dan tidak menunggu lama. Ini pun boleh jadi dan beri masalah kepada pakar nanti. Tapi, kita jangan buat kesimpulan terus – kena tunggu sehingga ke akhir.



Kak Wan terus buat kesimpulan bahawa Dr Seah telah membuat kesilapan kerana gagal menyediakan spesimen dalam keadaan yang cepat dan baik? Kak Wan? Kenapa tak minta pakar DNA yang buat kenyataan – barulah ada kredibiliti. Kak Wan sudah terlalu emosional, sampaikan dia sendiri tak mampu nak tahan emosi daripada terus bercakap kepada media.


 Yang pasti, suasana di mahkamah semakin menarik. Banyak pembentangan dan data yang sangat direct dan saintifik. Kita kena rajin membaca; bagi menentukan agaknya di mana arah kebenaran kes ini. Anwar makin mudah senyum – puas hati dengan prestasi panel guaman dan pakar DNA. Anwar yakin kali ini, dia mampu menangani kes dengan baik.

Gelagat Anwar

P/s: susah juga nak faham kes kali ni..

Mctheory:
Anwar tu dok tersengih-sengih tah dia faham ka dak tu..

PRK KERDAU!! CALON BN, CALON TERBAIK!!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan walaupun Syed Ibrahim ialah calon BN yang terbaik.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota UMNO.
“Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.
“Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah,” katanya



Calon BN Terbaik
‘Inilah calon yang terbaik, calon yang diterima semua, calon ini banyak pengalaman dan calon yang disebut `the most winnable candidate’,” Kata Muhyiddin.

Menurutnya, calon yang dipilih bukan sahaja untuk memastikan kemenangan tetapi mampu memberi kejayaan yang cemerlang dan sudah pun melalui proses saringan dalam menentukan beliau sebagai calon yang terbaik.

Beliau yakin pengundi BN di Dun Kerdau akan menerima baik calon yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mampu memperolehi keputusan yang lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008.

“Saya yakin dengan Pengarah BN kali ini, Datuk Seri Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang) dapat melakukan tugas yang baik dan tidak akan timbul sebarang masalah dan dapat menyatukan semua petugas dalam memastikan kejayaan kita.

Politik Harian

Mctheory:
Macam dok kata, BN Insyallah dah tentu menang, Pas dah confirm kalah!!

KASI PANAS!! UMMI HAFILDA HENTAM ANWAR KAW-KAW PUNYA!!



Ehsan Portal Perak

P/s: Maaf video semalam ada sedikit masalah, ini yang Mc post semula.

Mctheory:
Untuk sambung siri video Ummi ini, sila ke portal Perak.

Isnin, 21 Februari 2011

RAKYAT KELANTAN JUARA NOMBOR 1 HAMIL LUAR NIKAH!!


1. Cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk membuka sebuah sekolah khas untuk remaja yang mengandung luar nikah mendapat tentangan dan penghinaan dari pelbagai pihak terutamanya dari pembangkang.

2. Pelbagai tomahan dan tuduhan liar dilemparkan kepada Kerajaan Negeri Melaka. Ada yang menuduh sekolah ini diwujudkan untuk menggalakan maksiat dan hanya akan memperbanyakkan lagi kes buang bayi.

3. Nik Aziz contohnya, membidas dengan penuh perasaan jahatnya mengatakan Sekolah Harapan ini adalah tempat mengumpulkan maksiat dan penzina.

4. Tujuan utama Sekolah Harapan ini adalah untuk memberi peluang kepada remaja yang telah terlanjur untuk terus mendapatkan pendidikan. Walaupun mereka telah melakukan kesilapan dalam hidup mereka, ini tidak bermakna peluang mereka untuk mendapatkan pendidikan dinafikan.

5. HARI INI, SEKOLAH HARAPAN JASIN MEMPUNYAI 31 ORANG PELAJAR. 15 ORANG DARINYA TERDIRI DARI PADA RAKYAT NEGERI KELANTAN DARUL NAIM YANG MENTERI BESARNYA ADALAH NIK AZIZ KLUK KLEK WALI SELIPAR!!!

6. Jumlah pelajar hamil luar nikah yang paling ramai datangnya dari Negeri Kelantan Serambi Mekah!!! Oleh yang demikian ada beberapa kesimpulan boleh dibuat tentang perkara di atas.

7. Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Nik Aziz Wali Selipar terkenal dalam beberapa perkara. Kelantan terkenal sebagai negeri yang paling tinggi sumbang mahrah dan buang bayi. Kelantan juga merupakan negeri yang paling ramai penghidap HIV.

8. Kesimpulannya, Kerajaan Negeri Melaka memberikan bantuan kepada mereka yang sepatutnya dibantu dan dibela. Selain itu, buang bayi juga dapat dikurangkan bilangnya.

9. Oleh kerana kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu atau tidak mahu membantu rakyatnya yang memerlukan bantuan, Negeri Melaka sedia melaksanakannya.

JPX

Bagus artikel dari JPX ni. Mc nak tambah sikit, patutnya Kelantan kena tubuhkan juga sekolah ni di Kelantan. Kalau ada sekolah seperti ini di Kelantan, Mc percaya pelajarnya akan bertambah dengan lebih cepat. Kalau Melaka 31 orang, Kelantan dalam 2 bulan dah boleh capai 50 pelajar kot.

Sebelum N.ajis cuba mengkafirkan UMNO dan orang lain, Mc rasa N.ajis perlu tengok dalam kain sendiri dulu. Rakyat sendiri pun banyak tak betul dan songsang, lagi nak betulkan orang lain.

P/s: Opss.. lupa lak.. N.ajis sibuk ceramah la.. mana sempat nak jaga rakyat

Mctheory:
Patut sedia cermin besar sikit untuk N.ajis tu..

PKR MAKSUDNYA PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI!!


Ooo.. baru Mc tahu maksud sebenar PKR. PKR dinamakan Parti kian rapuh, parti koyak rabak, parti kencing rakyat dan yang terbaru dinamakan Parti keluar ramai-ramai. Kah kah kah.. sedap jugak bunyinya tu. Nama terbaru tu diberikan oleh PM kita sendiri semasa berucap di Merlimau.

Sebenarnya, gelaran dan nama-nama yang diberikan itu semuanya ada kena mengena dengan apa yang terjadi pada PKR sekarang. Mula-mula 'Kian Rapuh' lepas tu 'koyak rabak' disebabkan suka 'kencing rakyat' PKR pastinya rapuh dan koyak.

Akhirnya semua ahli tidak yakin lagi dengan PKR dan 'keluar ramai-ramai'dari parti. Sememangnya semua gelaran yang diberikan itu adalah sinonim dengan PKR. Tidak syak lagi.

Nampaknya Jentera BN di Merlimau betul-betul dah sedia untuk bertempur, nak baca klik sini.

Masa untuk lanyak puak Pakatan! Ayuh dan bangun!

P/s: Kerdau dan Merlimau, Pas masih bertarik rambut dengan PKR, apa kejadahnya.. he he he..

Mctheory:
Pakat-pakat tolak Pakatan!!..

MASIH RELEVANKAH PAS? ATAU HANYA MELUKUT DITEPI GANTANG!! buat semak!!


PAS memang hebat berceramah, tapi ibarat tin kosong. Macam lambang partinya, bulat, putih, kosong. Bukan main lagi parti ini mempertahan dan memperjuangkan Islam. Kononnya perjuangan mereka berlandaskan Islam, meninggikan martabat Melayu dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah jika diberi peluang memerintah. Itu hanyalah omongan kosong dan fantasi semata-mata. Tetapi, bila Karpal Pohsing keluar kenyataan, langkah mayat dulu sebelum Negara Islam dapat ditegakkan, PAS mulalah berdolak dalih, hanya kerana untuk mengambil hati rakan pakatan haram mereka.

PAS sebenarnya bukan sebuah parti politik Islam. Pas sekadar gerakan bertopengkan Islam yang mereka sendiri keliru untuk memberikan maknanya. Sesunguhnya PAS telah lama menggadaikan prinsip perjuangan asal hanya untuk memenangi pilihan raya dan inginkan kuasa. Bila kalah dalam pilihan raya PAS akan mengatakan biar kalah pilihan raya asal tidak gadai prisip. Prinsip apa ke jadahnya, tukar dokumen negara Islam kepada negara kebajikan? Bukankah itu menggadai prinsip parti demi untuk memenangi pilihan raya?

Terkini, PAS melalui Nik Aziz mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa peribumi di negara ini. Kenyataan ini hanyalah merupakan gimik politik. Perubahan pendirian dan prinsip itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini. Bukankah ini merupakan satu lagi bukti yang PAS amat gila akan kuasa.

Pas juga bukan main lagi membuat pelbagai tohmahan dan tuduhan terhadap UMNO. Tetapi realitinya, adakah Pas benar-benar gagah seperti mana mereka bersuara dan berhujah?. Semua itu hanya untuk mengambil hati pengundi. Kepada pengundi Melayu Islam lain cakapnya, dan apabila berdepan pengundi Cina dan India, lain pula autanya.

PAS melalui ’ulamanya sekadar berhujah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk tujuan tersebut ’ulama’ mereka sanggup melakukan apa sahaja. Hatta sanggup mengkafir dan menjahiliyahkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan demi menjayakan perjuangan mereka, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, dan pelbagai lagi permainan kotor umpama najis. Tegasnya, PAS begitu ghairah menyalahgunakan agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Harapan ’ulama’ PAS ini dengan melakukan perkara tersebut, orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya demi untuk kemenangan dalam pilihan raya. Itu saja matlamat perjuangan.




Pas kini begitu mudah tunduk dan mengikut sahaja apa kata DAP yang biaDAP? Bila ditanya, kena ikut sebab DAP mempunyai suara majoriti!. Pas dah tak boleh buat apa-apa melainkan terpaksa mengikut telunjuk DAP, menjadi pak turut DAP. PAS hanya tahu menjerit, memekik, melolong, mengkritik tetapi akhirnya diam kerana tidak berbisa dan tidak perlu dilayan pun. Lalu dengan mudah DAP memperlembukan PAS. Ini adalah realiti yang perlu ditelan oleh PAS. Jadi eloklah Dap ganti saja PAS kerana PAS sama saja macam DAP.


Pas kini umpama lalang. Tidak ada pendirian, pengecut! Tak payah nak dibandingkan dengan PKR kerana parti Anwar Ibrahim itu sebenarnya tak ada apa-apa pun, dan bakal berkubur akhirnya. Tak ada asas dan matlamat perjuangan. Bangsa, agama dan tanahair tiada perbezaan. Semua sama saja, depan, belakang, atas, bawah. Peranan mereka hanya betul-betul dipacu dan diperkudakan oleh Anwar Ibrahim. Buktinya jelas, semakin ramai telah lari meninggalkan Anwar dan PKR. Percayalah, tiada Anwar Ibrahim maka akan hancur musnahlah PKR ditelan bumi.

Apabila dinilai balik, UMNO dan BN masih lagi parti yang terbaik dan relevan. Ramai yang telah mengakuinya baik di lidah mahupun di hati, baik di Malaysia mahu di seantero dunia Sesungguhnya UMNO dan BN masih menjadi parti yang berpegang kepada janji. Perjuangan UMNO kerana Allah demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta.

Pas hanya pandai cakap tapi tak berani nak buat, umpama hamPAS, manakala PKR itu duri dalam daging dan musang berbulu ayam. DAP pula…. tanyalah abang kandungnya PAP. Hanya bertujuan untuk merosakkan keamanan tanah air tercinta. Fikir dan fikirlah sebelum nasi menjadi bubur.

Yeop Parit

Mctheory:
Pas sememangnya HamPas!! Hampas pastinya perlu dibuang!!

ANWAR TETAP HEBATT!! SUNGGUH HEBAT DAN SUPER HEBAT!!


Anwar memang hebat! Anwar seorang individu yang dahsyat! Bila beliau bercakap, segala benda akan bergegar. Bila beliau mula pegang mikrofon, beliau merasakan dunia ini beliau yang punya, hinggakan matahari pun beliau boleh jentik. Itulah Anwar! Dari dulu hingga sekarang, kehebatan Anwar sebagai pemidato tidak pernah kurang. Dengan suara lantang dan dengungan disetiap hujung perkataan, menjadi penarik kepada siapa yang mendengarnya.

Diselitkan pulak dengan janji-janji manis. Ditambahkan dengan kesungguhan lakonan beliau semasa membuat janji. Menjadikan ia lengkap sebagai Ikon penjanji yang cemerlang, gemilang dan temberang.

Disebabkan kepetahan percakapannya, ramai rakyat Malaysia mudah percaya dan bersedia dijual untuk kepentingan peribadinya sendiri. Itu merupakan salah satu faktor kenapa BN tidak mendapat majoriti 2/3 diparlimen pada PRU ke 12.

Mc baru membaca satu artikel di Harakahdaily mengenai Anwar yang rasa tercabar dengan DS Najib, apabila DS Najib mengatakan beliau akan lari meninggalkan negara apabila kalah di PRU ke 12 kelak.

Anwar dihadapan pengikut dan penyokong yang masih bingai dan percaya dengannya, melaungkan cabaran demi cabaran kepada Ds Najib untuk berdebat dengannya. Diungkitkannya perihal buku jingga dan janji-janji manis Pakatan jika menang.

Secara logik, sememangnya susah kalau nak berdebat dengan Anwar. Beliau sememangnya handal kalau bercakap, pada sesiapa yang mahu berdebat denganya, pasti akan sengsara dimalukan. Cerita yang tidak benar pun menjadi seolah-olah cerita benar jika beliau bersuara.

Tidak hairanlah kenapa DS Najib tidak menyambut cabaran Anwar untuk berdebat. Daripada beliau membuang masa melayan Anwar berdebat, baik beliau menumpukan perhatiannya untuk negara.

Bagi Mc, dari Anwar sibuk-sibuk nak ajak DS Najib berdebat, baik Anwar tumpukan perhatian kepada negeri-negeri dibawah perintah Pakatan Haram. Majukan ekonomi, majukan pendapatan rakyat, naikkan lagi FDI dan pelaburan asing keatas negeri-negeri Pakatan.

Kalau 4 negeri pun Anwar tak mampu nak jaga, macam mana beliau nak jaga Malaysia? Yakinkan dulu rakyat dengan majukan 4 negeri ni dulu. Tunaikan segala janji, hapuskan segala kemungkaran yang berlaku seperti rasuah dan salah gunakuasa kemudian baru tumpukan kepada negara pulak.

Kemudian, selesaikan kemelut kes liwat yang masih lagi tergantung-gantung dimahkamah. Tak guna kalau cakap berdentum berdentam, tapi masalah peribadi sendiri masih lagi tergantung dimahkamah. Orang macam ni rakyat Malaysia nak yakin untuk jadikan pemimpin, kalau sendiri punya masalah pun tak settle, macam mana nak settlekan masalah orang lain, bahkan masalah negara, agaknya nanti semua masalah ditunda-tundanya.

Sebab itulah Mc kata Anwar tetap hebat! Tapi.. ada tapinya.. Anwar hanya hebat bercakap, hebat berjanji, hebat berpidato, hebat menipu, hebat membohong dan hebat main belakang!!

Hanya itulah kehebatan Anwar, yang lain tarak.. yelekk.. (kosong).

P/s: Main belakang pun hanya 5 minit, itu nak panggil hebat ke?.. hmm..

Mctheory:
Makk aii.. hebat sungguh Anwar ye.. sangat-sangat la hebat..

PAS PARTI OPORTUNIS - Tun Dr Mahathir

DR. Mahathir Mohamad melawat Mohamad Anuar yang menghidap penyakit Ekocaldiogram (ECG) di Klinik Bergerak yang disediakan oleh pihak Sime Darby di Hulu Langat, Selangor, semalam.
HULU LANGAT  Feb. - Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu.

Katanya, adalah tidak mustahil apabila Pas sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu.

"Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

"Sebelum ini tolak Melayu, sekarang Pas mahu terima balik orang Melayu, semua kerana apa? Kerana nak dapat undi, kalau tak dapat undi Islam pun dia tak perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan dan Diabetes di Batu 18, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu perlu mengutamakan perjuangan terhadap bangsa Melayu memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu."

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan itu beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam selain turut menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Pas dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama.

Menurutnya, Pas bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak Pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO.

"Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyelar tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan fahaman pluralisme antara agama.

Sambil mengecam tindakan Ketua Pembangkang itu, beliau mempersoal motif Anwar itu bertujuan mahu meletakkan Islam sama kedudukannya dengan agama lain di sisi Allah semata-mata kerana kebebasan beragama.

"Kita tidak boleh samakan Islam dengan agama lain meskipun kita iktiraf agama lain. Mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita, tetapi agama yang suci di sisi Allah hanya Islam," katanya kepada pemberita. - Utusan

Mctheory:
Pas guna Islam untuk cari makan..

Ahad, 20 Februari 2011

PRK MERLIMAU!! AKIBAT TERKEJUT, PAS NAK TARIK DIRI??


1. YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Najib Tun Abd Razak melakukan walkabout di sekitar Bandar Merlimau semalam.

2. Kira-kira 3000 orang penduduk setempat telah menunggu seawal jam 4.30 petang untuk sama-sama menyambut kedatangan Perdana Menteri.

3. YAB Perdana Menteri telah bertemu dan beramah mesra juga sempat bertanya permasalahan setempat. Beliau juga berjalan kira-kira 1 kilometer meninjau sekitar Bandar Melimau.

4. Turut serta dalam walkabout ini adalah YAB Ketua Menteri Melaka. Malam ini YAB Perdana Menteri akan bersama dalam Jamuan Rakyat Tahun Baru Cina di padang Politeknik Merlimau.

JPX

Nampaknya, gigil lutut puak2 Pas dan pakatan kalau tengok himpunan ni. Dewan Pemuda Pas berhimpun satu Malaysia pun tak sampai 5 ribu, ini penduduk tempatan sudah ada 3 ribu. Mc nasihatkan, Pas serahkan aje Merlimau tanpa bertanding, jangan buat masa dan duit.

P/s: nanti lagi banyak buluh nak kena cari.. he he he..
Mctheory:
Siapa calon Pas yang nak kena layak kat sini agaknya??

BLOGGER KAKI FITNAH AKHIRNYA KANTOI JUA!!

Binjai ke Bingai? 

Sebelum ni riuh diseberang sana mengatakan Menteri Penerangan kita Rais Yatim terlibat dengan skandal merogol amah. Dengan tanpa sebarang bukti yang dikemukakan oleh si blogger terbabit, si blogger tersebut, terus menembak seolah2 kisah yang dimainkannya adalah benar. Akhirnya si blogger terbabit bakal meratap sedih apabila dia telah disaman akibat daripada cerita fitnahnya itu.  Baca artikel dari KL Boys.

Blogger Pro Pembangkang Din Binjai atau lebih dikenali dengan blog Sharpshooter disaman kerana memfitnah Datuk Seri Rais dengan artikelnya yang begitu lancang berjudul "Menteri Rogol Amah". Nampaknya blogger Sharpshooter terkapai-kapai meminta pertolongan setelah tidak diambil peduli oleh pemimpin-pemimpin PKR, DAP mahupun PAS. Blogger tersebut dibiarkan tanpa dibantu malah menjenguk pun tak mahu.

Setelah Din Binjai atau Sharpshooter ni menghempas pulas untuk berkorban tak kira masa menulis, menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh Kerajaan terhadap Pakatan Rakyat dengan segala kudrat yang ada dan biarpun tanpa dipinta Pakatan Perosak Rakyat, akhirnya Din Binjai sendirian dibiarkan menggelupuh sorang-sorang menjawap saman yang dikemukakan.

Ataupun bagi mereka, pemimpin tidak perlu berkorban untuk rakyat..? Hanya rakyat yang perlu berkorban untuk pemimpin demi menjayakan parti...!!!..
Dimana pemimpin-pemimpin Pakatan Rosak yang telah berkuasa setelah PRU12 yang lalu? Dimana pemimpin PAS korang..?? Dimana juga pemimpin DAP..??? Dan juga dimana pemimpin PKR..lu orang..???

Dimana pemimpin-pemimpin yang korang agung-agungkan ketika ini..?? Sedang terlena dibuai mimpi atau sudah buta..???

Jawapannya, setelah mendapat apa yang di idamkan mereka selama ini, dengan serba sedikit bantuan blogger-blogger Pro Pembangkang untuk menjayakan rancangan karut marut mereka, apa yang nak digusarkan kalau Din Binjai disaman pun bukannya pemimpin atasannya yang susah...!!! Bukan begitu Sharpshooter...??

Macam buang air ke daun keladi je..tak begitu Din Binjai..??
Dah pandai buat, pandai lah jawap sendiri ye...!!!

P/s: Lain kali kalau nak fitnah tu, tengok kiri, tengok kanan dulu..

Mctheory:
Tu la kerja depa, asyik fitnah sana, fitnah sini.

PANAS!! KENAPA BOB LOKMAN MASUK PAS??

Ahli surga Pas yang terbaru..

Mc nak rujuk pada artikel diblog Pisau.net. Mengenai Bob Lokman masuk Pas, sememangnya sudah diketahui oleh rakan2 terdekatnya. Perubahan mendadak yang terjadi kepada Bob Lokman yang terkenal sebagai pelakon, pelawak dan juga komposer lagu amatlah disedari oleh teman2nya.

Mungkin pada niat hatinya, beliau mahu bertaubat kejalan yang benar. Tapi, apa yang menjadi kesalahannya ialah, motif Bob Lokman menjadi ahli Pas semata2 untuk berubah. Apakah dengan menyertai Pas, maka keislaman seseorang individu akan meningkat?

Terjaminkah budi dan pekerti serta akhlak dan amalan jika kita menjadi ahli Pas? Bagaimana dengan Iman dan takwa? Adakah semakin bertambah2?

Ini yang selalu menjadi salah faham, kepada masyarakat dan artis2 kita. Mereka menganggap Pas itu sebagai satu kumpulan dakwah. Pas pulak dengan imej yang sememangnya lebih Islam dari UMNO, mencanang2kan bahawa jika mahu mengikuti ajaran Islam yang sebenar, masuklah Pas.

Apa kena mengena Islam dengan Pas? Jika seseorang itu mahu mendalami ilmu agama, Mc rasa tak perlu dia menyertai Pas. Mc ada kenal dengan tokoh2 masyarakat, mereka ini bukan UMNO ataupun Pas, mereka ini sememangnya bijak pandai dalam agama dan amat dihormati dimasyarakat setempat. Kerja mereka hanya berdakwah dan mengajar ilmu agama pada yang sudi, sepatutnya Bob Lokman cari tokoh seperti mereka ini, bukannya dengan menyertai Pas.

Bob Lokman bukan artis pertama yang menyertai Pas. Mc dimaklumkan ramai lagi artis yang menyertai Pas, tapi mereka merahsiakannya dari umum. Takut nanti tak boleh cari makan pulak. Pendakwah ajaran Pas kepada artis2 ni pun dulunya artis juga, seperti Azmil (ali setan), Ustaz Rock (Akhill Hay) dan beberapa lagi artis yang kurang terkenal.

Ramai yang masuk Pas disebabkan salah faham. Mereka ingat dengan menyertai Pas, mereka sudah terjamin keislaman. Almaklumlah.. surga Pas hanya terletak dibawah kaki N.ajis.

Bagi Mc, masyarakat sepatutnya kena berfikir lebih bijak, jika benar ahli Pas taraf keislamannya tinggi, macam mana pulak dengan Adun2 Pas yang berzina? Mp Pas yang kaki fitnah? Ahli2 Pas yang selewengkan duit derma? Itu semua cukup Islam kah?

P/s: baru sikit contohnya.. banyak lagi yang belum dikorek..


Mctheory:
Otak ada, fikir la sendiri..

NIK AZIZ BARU SEDAR DIA TU PUN MELAYU!! ingat siam mana mai..

SHAH ALAM 19 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa peribumi di negara ini.

Perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Nik Abdul Aziz berkata, parti-parti politik perlu bertanggungjawab untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu kerana mereka adalah masyarakat dominan negara ini.

Ujarnya, walaupun Pas tidak memberi keutamaan kepada perjuangan terhadap bangsa, ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan hak orang Melayu memandangkan mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini.

"Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz sebelum ini beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu juga menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

NIK Abdul Aziz Nik Mat berbual dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di Shah Alam, semalam

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut menuduh Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk kepentingan politik Barisan Nasional (BN) semata-mata.

"Ia adalah satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN. Pengkhianatan itu dibuat dengan menolak hak kaum Cina, India, Iban dan Kadazan," ujarnya.

Sementara itu, dalam konvensyen yang sama, penganalisis politik, Dr. Wong Chin Huat berkata, barisan Nasional (BN) akan menang dalam pilihan raya umum akan datang dengan majoriti dua pertiga jika parti itu dapat mengekalkan momentum peningkatan sokongan orang Melayu seperti yang diperlihatkan pada beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini.

Chin Huat berkata, pihak pembangkang pada masa sama dilihat akan kehilangan kira-kira 34 kerusi Parlimen jika Pas gagal mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu.

"Pada 2008, hampir kesemua kawasan yang Pas berjaya mencatatkan prestasi baik adalah di kawasan bukan Islam,'' katanya. - Utusan

Mctheory:
Dulu kutuk sangat orang Melayu, ingat keturunan arab, atau siam.. rupanya melayu jugak.. pehh..

Sabtu, 19 Februari 2011

TERGOLEK!! YAHUDI SUPPORT PKR UNTUK PRU KE 13?

Oleh Fareed Dawood

Baru-baru ini, Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar, mendedahkan bahawa Anwar mempunyai sebuah syarikat perundingan bernama Anwar Ibrahim Consulting Associate, di Washington dengan perbelanjaan USD2 juta sepanjang dua tahun dan 5 kakitangan berketurunan Turki dan Pakistan dengan gaji bulanan 5 angka USD seorang.

Rahimi mengajak orang ramai berfikir dari mana datangnya duit Anwar. Kata Rahimi, pendedahan ini hanya sedikit, banyak lagi yang akan dibongkarkannya di masa depan.

Umum tahu betapa kehidupan Ketua Pembangkang Malaysia ini jauh lebih mewah dari Perdana Menteri Malaysia sendiri. Ini sudah cukup untuk membuktikan betapa kerajaan Malaysia bukanlah kerajaan yang menindas rakyat sehinggakan orang yang memusuhi kerajaan sendiri seperti Anwar, termasuk ‘mangsa tindas’ iaitu tauke-tauke Cina hidup jauh lebih mewah dari orang-orang kerajaan yang dituduh mereka sebagai korup, zalim lagi kejam.

Itu belum lagi difikirkan dari mana datangnya wang Anwar untuk berulang alik ke luar Negara saban hari dan bagaimana partinya mampu berdiri sama tinggi dengan jentera kerajaan dari segi penggunaan dana?

Hakikatnya, hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis bukan perkara baru dan bukan lagi rahsia. Beberapa orang tokoh Zionis sendiri mengakui dan merujuk Anwar sebagai sahabat baik mereka. Malah seluruh dunia juga sedia maklum bagaimana Anwar bergegas ke Amerika untuk menyembah Yahudi agar memaafkannya kerana ‘tersasul’ apabila keterlaluan mengkritik pencerobohan Zionis di Palestine dalam keghairahannya mengaitkan kerajaan BN dengan Yahudi.

Lebih dari itu, kedudukan Anwar dalam beberapa pertubuhan yang dinaungi atau diilhamkan oleh Yahudi juga telah didedahkan berkali-kali. Pendek kata, bagi sesiapa yang rajin mencari maklumat dan menyiasat kesahihannya, pasti cukup arif dan tidak perlu diyakinkan lagi tentang kaitan dan hubungan Anwar dalam percaturan politik Amerika/Yahudi untuk menguasai dunia amnya, dan rantau Asia, khasnya.

Dana politik Anwar yang tidak pernah putus adalah persoalan mudah yang pasti bermain di minda setiap manusia yang berfikir. Apa perlunya dan apa peranan syarikat Anwar di Washington itu juga bukanlah perkara yang tidak mampu diteka. Semuanya berhubung kait dengan agenda Amerika dan agenda peribadi Anwar untuk menjadi Presiden pertama Republik Malaysia.

Walaupun kita tidak terkejut dengan pendedahan Rahimi tetapi apa yang didedahkan beliau memberikan gambaran yang lebih jelas dari sekadar memahami jaringan luas Anwar dengan rangkaian Yahudi. Sekali gus menguatkan lagi keyakinan dan membuang segala keraguan sehingga ke tahap sifar.

Selama ini kita telah menyaksikan bagaimana segala percaturan politik Anwar, termasuk strategi pecah dan perintah, demonstrasi aman yang bertukar ganas dan taktik memburukkan kerajaan dengan meminta campurtangan serta tekanan asing adalah selari dengan strategi Yahudi untuk menakluk sesebuah negara.

Justeru, jelaslah bahawa Anwar dan PKR sememangnya dilatih oleh Yahudi. Lihat saja bagaimana ada di kalangan budak-budak PKR yang berdemonstrasi dengan siap sedia memakai topeng gas bagai telah dilatih khas untuk membuat rusuhan jalanan.

Yahudi telah berjaya menghuru-harakan banyak Negara dengan cara ini sehingga membolehkan mereka meletakkan pemimpin-pemimpin boneka di hampir seluruh pelusuk dunia. Malaysia sebagai Negara yang rapuh dengan etnik-etnik berbeza dan agama-agama yang berbeza juga seharusnya menjadi negara paling mudah ditakluki dengan strategi tersebut.
Namun, Alhamdulillah, kebijaksanaan pemimpin Malaysia dalam memakmurkan Negara ini selama ini telah menggagalkan setiap usaha membangkitkan kemarahan rakyat menentang kerajaan. Melihatkan cara ini agak payah untuk dilaksanakan di Malaysia, Yahudi pastinya telah bersedia dengan pelan B iaitu mencuba meletakkan pemimpin boneka mereka melalui pilihanraya.

Baru-baru ini, blog yang mendedikasikan diri mereka untuk mendedahkan segala-galanya mengenai Anwar Ibrahim, anwaraidc.com juga telah membangkitkan persoalan bahawa kemenangan PKR dalam PRU 12 juga adalah melalui manipulasi. Ini tidak mengejutkan apabila melihat bagaimana Anwar secara terang-terangan telah memanipulasi dan menipu dalam pemilihan partinya sendiri tanpa segan silu semata-mata inginkan agar ‘orang-orang’ kesayangan dan kepercayaannya sahaja yang memegang jawatan penting.

Manipulasi, tipu muslihat, fitnah dan tikam belakang adalah cara Anwar yang pastinya diperturunkan khas juga oleh gurunya, Yahudi.

Justeru, Pilihanraya Umum ke 13 pastinya menyaksikan satu lagi percaturan politik paling kotor dan terdesak oleh anak-didik Yahudi iaitu PKR, dengan dibantu oleh PAS. Khabarnya ada Mat-mat Salleh yang memantau negeri-negeri tertentu, terutamanya Sarawak untuk Piliharaya kali ini. Perlukah kita tanya siapa mereka dan kenapa Malaysia begitu menarik minat mereka?

Tidak perlu kerana kita sudah tahu.

Mat-mat Salleh juga ramai menjadi pemerhati khas atau ‘pemantau’ perjalanan kes liwat Anwar. Ini sahaja sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan segala apa yang diperkatakan di atas.

Malaysia Instinct


P/s: yahudi dan anwar tak dapat dipisahkan...


Mctheory:
Apa pendapat anda?

KASI PANAS!! SKANDAL SEKS ADUN PAS MELETOP LAGI??

Sekadar gambar hiasan. Kalau yang ini, mau gugur iman!

Pehh.. macam2 hal ada sekarang ni, makin lama makin panas beb!.. nampaknya geng Nadi Rakyat sudah pecahkan rahsia peribadi seorang adun Pas yang berzina dengan isteri orang. Siap ada gambar lucah lagi.. pehhh.. ini baru betul2 rock.. he he.. nak tau apa cerita baca SINI.

Memangla orang Pas ni kuat seks, kalau agak ketagih pun, pi la nikah lagi sorang, jangan dok main terkam bini orang saja. Ni Islam ko celah mana ni. Bukan sorang dah adun depa buat perangai macam ni. Ni yang dapat di bongkar, agak2 yang masih lagi tertutup tu berapa ramai agaknya.

P/s: orang Pas memang gila seks..

Mctheory:
Ingat Pas, Ingat Zina!!

BUKTI NYATA LIM KIT SIAL MEMFITNAH TUN DR MAHATHIR MENGENAI OPERASI LALANG!!

Tengok video dibawah,









Mctheory:
Selama ini Lim Kit Sial memfitnah Tun selama bertahun2 lamanya.. bodoh punya Kit Sial.

Mctheory akan bersara?? Blog ini akan ditutup? Pengarang baru?


Terkejut? Suka? Atau tak penting? Pilih la yang mana pun, Mc sengaja memilih tajuk itu untuk memperkenalkan seorang lagi pengarang baru di blog Mc. Nama nicknamenya AbangMaster, anda pernah dengar? Atau tak pernah? Nama betulnya, ops.. sendiri tanya, Mc pun taktau, beliau tak pernah nak bagitau.

Semua orang tau, blog Mc ni berkait rapat dengan politik, itu betul, tapi.. blog Mc juga sangatt.. berkait rapat dengan masalah sosial. Dulu kedua2 topic pun Mc sapu, tapi kali ni, untuk masalah sosial Mc serahkan kepada AbangMaster, dia lebih pakar dalam bidang seperti ini, nak tau kenapa, nanti Mc cerita.

AbangMaster ni dulunya seorang bekas seorang pengedar dadah, ahli kongsi gelap, sering terlibat dengan kegiatan bohsia, biasa la kalau dah gangster, mesti la main perempuan (laki tak main ok), lumba kereta, lumba haram dan bermacam2 lagi, malah beliau juga pernah menjadi pengintip kepada pihak PDRM selama beberapa tahun. Sebab itu Mc minta beliau menceritakan pengalaman beliau kepada kita semua, untuk jadikan tauladan. Bukan senang orang nak cerita tentang pengalaman buruk sendiri.

Yang paling menariknya beliau kini telah insaf dan sudah meninggalkan zaman Jahilliahnya (zaman gelap). Beliau juga sudah berjaya melangkah keluar dari kumpulan gelap untuk meneruskan hidup sebagai manusia normal, walaupun bersusah payah, akhirnya tekad membuahkan hasil.

Pada yang tak sabar nak baca cerita kisah hidupnya, selalu la mengikuti blog Mc.

P/s: walaupun dia ni bekas samseng, tapi kuat juga politiknya.. he he..

Mctheory:
kenapa namanya AbangMaster? macam pelik je pun..

Jumaat, 18 Februari 2011

KASI PANAS!! CERAMAH RAKYAT - Ustaz Kamal Saidin part 3



Mctheory:
lengkap sudah part 3

PRK MERLIMAU DAN KERDAU DIADAKAN SERENTAK!!



Kuching 18 Feb. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac ini.

Hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pula ditetapkan pada 26 Februari.

Kedua-dua tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada satu sidang akhbar di sini, sebentar tadi. - utusan

Mctheory:
mengamuk lagi la puak pembangkang nanti!!

KASI PANAS!! CERAMAH RAKYAT!! - Ustaz Kamal Saidin 2-3



Mctheory:
sambung part 2

KASI PANAS!! CERAMAH RAKYAT - Ustaz Kamal Saidin part 1



Mctheory:
tunggu sambungan part 2

Khamis, 17 Februari 2011

EMAIL!! TALQIN BUAT NIK AZIZ!!


Baca email ni dari pembaca, memang menarik perhatian Mc, rasa nak tergelak pun ada, nak guling pun ada, nak nangis pun ada.

TEMAN SAYANG KAT MU NIK AZIZ, TEMAN NAK PASTI MU TELEPAS SEKSA KUBOK JADI ELOK LAH TEMAN TANYA KAT MU SEBELUM NUNGKAR/NANGKIR BELASAH MU, MU PUN BUKAN KUAT MANA PUN HARAP SARBAN MACAM TALIBAN JO.

BILA MALAIKAT TANYO MU NAK JAWAP APO,

1. YAA MARABBUKA- MU NAK JAWAP ALLAH HU RABBI (NANTI MALAIKAT TANYA LAGI ALLAH YANG MANO? MU KATO KRISTIAN PUN BOLEH SEBUT ALLAH…HAH TEROK MU KENA REMBAT.

2. WA IMAMMUKA MU NAK KATA APA- TAKKAN MU NAK SEBUT KAWE2 ERDOGAN KAMU, ANWAR MU TOKSAH SEBUT LANGSUNG NANTI MU SEBAHAK (SUBAHAT), MU SEBUT JO, TUN MAHATHIR, MU PUN TAKUT KAT MAHATHIR, MAHATHIR KATO TOKLEH HUDUD MU PATUH, MAKO MAHATHIR IMAM MU…ADO PAHE (FAHAM)

3. WA KIBLATUKA-MANA MU NAK TENYE…MU SEBUT JO SINGAPORE, MU PUN SAYANG BEBENOR KAT LKY. BESERI-SERI MU JUMPO LKY SIAP THUMB UP LAGI…OK LAH TU

4. SAPO SEDARA MU POK NIK-MU DAH KATO UMNO KAPER, MU AMBEK JO D.A.P., HINDRAF DAN LAIN2 PARTI CINO CHAUVINIST KAUM BUDHIST, KAUM HINDU DLL CUKOPKAN QUOTA. NANTI DI PADANG MASYAR RAMAI SEDARO MU BERBILANG AGAMO.

5. WAL KITABUKA-BUKU JINGGA 100 HARI P.R. BERKUASO- (20 TAHUN) MU PEGANG KELANTE PUN TAK SIAP, AKU TAKUT MU BEDERAI KENA BANTAI…MU PENIPU, PENYAMUN TARBUS. MU PAKAI JANGGUT, PAKAI SARBAN PUN DAH MACAM MENTERI NIKAH KAWIN CERITO MUSANG BEJANGGOT.

TAKPO NICKY AJIS, MU JANGE TAKUK NANTI KITA SOLAT HAJAT RAMAI2 DOA MU TAK PECAH PEROT,MU PUN JENIS BIAR PECAH PEROT TAK PECAH MULOT. POK NIK RAJIN2 LAH TENGOK CRITO P RAMLI, BANYAK MENAPAAT.

MU SUKO BANDING2 MULOT MU YANG BUSOK TU DENGAN SIFAT2 TERPUJI RASULLULLAH, CUBA AKU GARIS MU DENGAN RASULLULLAH S.A.W (SIKIT JO PASAL NAK BANYAK2 PUN MU APO STANDARD ADO)

RASUL BERJUANG ILLAULAH, MU BERJUANG UNTOK PROJEK UNTOK ANAK MENANTU UNTOK FAHMI, HUSAM DAN KRONI HABEH BALAK SUMA MU SONGLAP KASI KAT TAUKEY CINO.

RASUL MENYATU-PADUKAN UMAT; MU MEMECAH BELAH.

RASUL TAK BUAT KEJO KAPER-MENGKAPER, MU HAPRAK- UMNO MU KAPER-D.A.P. MU ISLE (SIAL MU)

RASUL MOHON PETUNJOK BAGI KAUM JAHILLIAH, MU DOA KASI NAJIB PECAH PEROT

RASUL SE-ORANG YANG PEMALU, MU MUKA TEMBOK-MURSYIDUL LAH, TUAN GURU LAH, ORANG ALIM LAH. ASTAGHFIRRULLAH MALU LAH SIKIT PADO ALLAH, MU TAU MURSYID TU APO? MU MAIN SEBAT JO. MU GILA GLAMOR. (ORANG KAYO TAK KATO DIA KAYO, ORANG PANDAI TAK KATO DIA PANDAI, ORANG ALIM TAK KATO DIA ALIM, SEBAB ALIM TU HAK ALLAH) MU BEGAYO KENO PUJI. KEMBANG JUBOK MU DI PUJI, NASIB BAIK ANWAR CARI JAMBU MUDO, KALAU TAK MERANGKAK MU JALAN POK NIK Oiiiii

RASUL TAK BELA SAIDINA ALI SEWAKTU MENJADI HAKIM MELAINKAN RASUL BERDIRI DI ATAS YANG HAK, WALAU PUN ALI DI PEHAK YANG BENAR SE-HINGGA YAHUDI YANG BERSALAH AKAN TETAPI MELIHAT KEIKHLASAN NABI MUHAMAD PADA DASAR PENGHAKIMAN YANG TAK MENGENAL BULU LANGSUNG BERSUJUD DAN BERMOHON KPD NABI SUPAYA DIA DI ISLAMKAN.ITU PEMIMPIN POK NIK,IKHLAS,TELUS DAN AMANAH. BERJAYA MEMENANGI HATI ORANG YANG MENENTANGNYA, TAPI MU...MAT SABU KHALWAT MU BEBAS MU KATO SALAH NOMBOR PINTU HOTEL, ADUN SELISINGNG BERZINA MU KATO TUHAN DAH AMPUN, MU BESEBAHAK (BERSUBAHAT) NIK AJIS. RASUAH MU KATO SEDOKAH KEGANASAN PENGIKUT PAS MU KATO SYAHID. FATWA MU SEDAP MULOT JE,IKUT SUKA MULOT MU JO.

RASUL MENJAGA LIDAH, MU KUAT HENGHINO, MU PUTAR BELIT AGAMA UNTOK POLITIK, FITNAH MU SERONOK, MENGHENTAM KERAJAAN TANPA FAKTA MU SUKO. TAPI JUMPA MAHATHIR, NAJIB MU TERSIPU-SIPU, PUJI MELANGIT.

RASUL SEKADAR MENGHORMATI GOLONGAN JAHIL KERNA RASUL INSAF SESUNGGOHNYA KITA SEMUA INSAN CIPTAAN ALLAH, MU PELOK LKS, KARPAL, LGE,LKY MACAM DORANG SEDARO ISLE MU.

NIK AJIS INSAF LAH DARI SIFAT BONGKAK MU, MU MASEH BELUM TERLAMBAT KALAU DATANG IZRAEL AKU TAKUT MU TAK SEMPAT MENGUCAP POK NIK, KAN AKU DAH BILANG AKU SAYANG PADA MU.

BADAN MU PUN TINGGAL KULIT DENGAN TULANG, SEKALI MALAIKAT BERTEMPIK - BERDERAI TULANG BELULANG MU TUA KUTOK, TAK SEDAR DIRI.

POK NIK BIOR AKU JADI TEMAN MU POK NIK, INGAT KITA DATANG DARI ALLAH-LANTAS KITA PULANG PADO NYA. KULLU NAFSIN ZAIKATAL MAUT, POK NIK MU DAH MAKIN TUA SERAH LAH JAWATAN KM PADA KAUM MUDA YANG SELAYAK NYA.

BAWA LAH BERTAUBAT WAHAI WALI TEROMPAH, SAYANGKAN LAH BANGSA MU, AGAMA MU SAUDARA ISLE MU DAN BEHENTILAH MENYAMUN HARTA RAKYAT KELANTAN BAGI KAT FAHMI. MU BALEK LAH KE JALAN ALLAH DAN RASULNYA. MOHON PETUNJOK SERTA KEREDHAAN ALLAH, BERUNDOR LAH WAHAI MURID KU TUA NYANYOK DI ALAM AKHIRAT TAKDO METORI BESO (MENTERI BESAR), CUKOP2 LAH POLITIK KARUT-MARUT MU ULAMAK SIALAN.

AKHIR SALAM DARI TEMAN ISLE MU (INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN) MU JANGE (JANGAN) SEBOK DOK CARI SYURGA ITU HAK ALLAH, MU DAPAT BALEK PADA AL KHALIK PUN DAH KIRO BAIK. KU POHON JANGAN LAH MU MENJUAL AGAMA DEMI CITA2 POLITIK MU, MU HAYATI TALKIN DI ATAS POK NIK, SUDAH KAH MU BOSODIA (BERSEDIA) BERHADAPAN NUNGKAR/NANGKIR MENJAWAP SOALAN KUBOK DENGAN LIDAH YANG FASIH.

SATU LAGI PESANAN TEMAN JANGAN KAIT2 MU DENGAN RASULLULLAH S.A.W, GELI AKU CELAKO.

APA PUN BAHASA KU KERAS TAPI AKU SEBENONYA KASEH PADA MU, AKU TAK SANGGUP MELIHAT MU TERPESONG JAUH, LEBIH DASYAT AKU SAYANGKAN UMAT BANGSA DAN AGAMA KU. PENGIKUT MU TERLALU TAKSUB PADA MU SEDANG MU SEKEDAR MANUSIA BIASA. LAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN SATU KAN LAH UMAT BANGSA MU, PAS ,UMNO ITU ISLAM. BERSATU KITA TEGOH BECERAI KITA ROBOH, KITA MASEH BELUM TERLAMBAT WAHAI SAUDARA ISLAM KU NIK AZIZ NIK MAT. SEMOGA ALLAH MEMBERI MU HIDAYAH, KU RAYU MU TUAN GURU. AMIN.

P/s: pehh.. memang best la..

Mctheory:
macam mana agaknya N.ajis bila baca tulisan ni.. he he he..