Jumaat, 11 Mac 2011

TERGOLEK!! MUKTAMAR PAS 2011 ADAKAH MASIH HANGAT, ATAU HANYA SUAM-SUAM KUKU!!


Tak lama lagi parti bulan akan bermuktamar. Kehangatan berkempen untuk bertanding jawatan agak tergendala disebabkan PRK Kerdau dan Merlimau. Sebelum itu telah terdengar desas desus bahawa jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan jawatan-jawatan yang dibawahnya akan ada pertandingan. Ada yang kata pertandingan kali ini tidak sehebat 2009. Walaupun dimulut kata tak mahu tapi masih ada yang berkempen secara senyap-senyap.

Itu Mc tak kisah sangat, Mc cuma nak tengok ada tak orang yang berani mencabar jawatan Presiden Pas. Atau masih ada ahli Pas yang mahukan N.ajis menjadi presiden parti? Kalau ada pun bagus juga, baru seronok kita tengok persaingan diantara kedua-dua belah pihak.

Bagi Mc, selain Hadi Awang dan N.ajis, Mc tak nampak pemimpin pelapis yang berkemampuan untuk meneraju kepimpinan Pas. Jika kedua-dua pemimpin veteran Pas itu bersara dan mengundurkan diri dari arena politik, Pas pasti akan tempang dan hilang bisa kerana tiada siapa yang mampu mengerunkan lawan politik mereka selain dari Hadi dan N.ajis.

Walaupun sejak akhir-akhir ini N.ajis sering dilihat sebagai lubuk hentaman UMNO kepada Pas. Tetapi pengaruh dan taksubnya penganut Pas terhadap N.ajis tidak dapat dipertikaikan lagi. Begitu juga dengan Hadi Awang, masuk kuat pengaruhnya dan ditambah lagi dengan ayat 'kepimpinan ulamak' menyebabkan kedudukkan pemimpin tertinggi Pas bertambah kukuh tanpa sebarang pertandingan.

Dengar cerita pemilihan dalam muktamar Pas kali ini akan mengunakan sistem baru? Sistem baru yang macam mana? Stail PKR kah? Kalau stail PKR pun Mc rasa bagus jugak, agaknya jahanam dewan yang buat muktamar tu nanti, runtuh akibat amukkan kerusi dan meja terbang dari penganut-penganut Pas. he he he..

P/s: nak tengok ja apa jadi pada semua penganut Surga N.ajis..

Mctheory:
Penganut Pas yang bukan Islam, tak nak bertanding tinggi sikit ke?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elok rasanya nanti perwakilan buat undi tidak percaya kepada musyidul mereka kerana bnyak kelemahan serta tindak tanduk ajis membinasakan pengikut serta penyokong mereka..Nak tengok jugak perwakilan yang jujur hentam nik ajis jangan nak memuji jer yang manis.Memang benar PAS kurang pelapis berwibawa yang boleh membawa PAS ke depan yang ada semuanya suara2 sumbang yang gila publisiti tetapi cara kepimpinan tiada langsung,contoh salehudin hanya pandai berkokok jer .Kita boleh lihat setiap kali pilihanraya mereka asyik letak muka reject jer serta bertanding untuk DUN dan Parlimen seperti tiada langsung ahli2 pas yang benar2 boleh menjadi wakil rakyat,serta mungkin pemimpin atasan PAS itu sendiri gila duit,kuasa serta pangkat nak bolot semua ADUN dan MP serta AJK