Sabtu, 19 Mac 2011

PRN SARAWAK!! SIAPA BAKAL PENGANTI TAIB .......??


KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa beliau dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mencapai kata sepakat berkaitan pengganti Ketua Menteri itu selepas Pilihan Raya Negeri itu nanti.

Perdana Menteri berkata, Abdul Taib memerlukan sedikit masa untuk memastikan siapa penggantinya yang boleh menjamin kestabilan dan kekuatan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan akan berterusan.

"Saya cakap secara terang bahawa Taib dan saya dah ada persefahaman bahawa apa yang penting ialah peralihan secara tersusun dan teratur," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau mengulas mengenai hasrat Abdul Taib, yang genap 30 tahun menerajui pentadbiran negeri ini pada 26 Mac ini untuk berundur sebagai ketua menteri.

Kata Abdul Taib, beliau bercadang berbuat demikian sejak 2006 tetapi terpaksa menangguhkannya kerana tidak dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Pengerusi BN negeri itu ketika ditanya sama ada penyerahan pentadbiran negeri kepada kepimpinan baru dijangkakan pada pertengahan penggal, beliau tidak menolak kebarangkalin itu.

"Ia mungkin. Saya harap semua orang akan bersetuju," katanya

Beliau juga akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian di samping telah diminta oleh pucuk pimpinan BN supaya mengetuai jentera pilihan raya negeri.

Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili, Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.

DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi. mstar

Mctheory:
Bahang PRN sudah mula terasa..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YG WA TAU BKN ANUWAR AL JUBURYSS, POPE NICKY ATAU KIT SIYAL & SON KEHKEHKEH

McTheory berkata...

he he he.. betul bro..

sejahtera39 berkata...

di Negara kita, Malaysia, setakat ni setiap peralihan kuasa sentiasa berlaku dalam suasana menang menang.. kita tak mahu tradisi aman kita selama ini dimusnahkan dengan kehadiran puak2 pakatan haram kebumi Malaysia ni, yang selalu bertindak mengikut kepentingan politik mereka..
kerajaan BN telah memerentah lebeh setengah abad sinonim dengan cita2 mendahulukan rakyat.. pastinya pengganti Taib Mahmoh adalah seorang yang dpt melaksanakan kehendak rakyat dan kehendak kerajaan..

ORG MUDA berkata...

WP SARAWAK ANTARA NEGERI YG KAYA HASIL BALAK DAN PETROLEUMNYA, IANYA MASIH LAGI MUNDUR DAN TERKEBELAKANG DARI NEGERI2 LAIN. TP KESEDARAN ORG SARAWAK UTK BERANI MEMPERJUANGKAN HAK MEREKA MASIH DITAHAP YG RENDAH. MEREKA TELAH DIRACUNI DENGAN SLOGAN TAHYUL" HANYA BN YG BOLEH MEMERINTAH DAN MEMBERI PEMBANGUNAN"

GOPI berkata...

Baguslah Najib nak buang si Taib tu. Dah 30 tahun memerintah, hasilnya dia antara org terkaya di Malaysia pun wp xdicatat secara rasmi. Eloklah diganti sebelum rakyat bangkit menghalaunya mcm Gadafi.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Sarawak antara yg termiskin di Malaysia, tetapi Ketua Menterinya bukan shj antara yg terkaya di Malaysia tp mgkin di Asia Tenggara juga