Sabtu, 12 Mac 2011

PAS LEBIH BANYAK BERDRAMA DARI IKHLAS MEMBANTU RAKYAT!!


Kadang-kadang Mc menyampah tengok puak Pas dari Pakatan Haram ni berdrama dan berlakon baik depan rakyat. Kadang-kadang sampai nak termuntah pun ada. Boleh dikatakan semua isu mereka mahu menjadi juara, hinggakan isu undang-undang pun mereka boleh jadikan sebagai modal politik.

Isu Pinjaman PTPTN, Isu Saman Ekor, Isu Cikgu sandaran dan beberapa isu global yang lain, dijadikan modal utama Pas untuk menghentam kerajaan pusat. Isu minyak jangan cakap la, walaupun mereka tahu kenapa kerajaan naikkan harga, tetapi mereka tetap buat bodoh dan tuli meracun rakyat dengan mengatakan kerajaan zalim.


Isu pinjaman PTPTN, berjuta bayaran pinjaman yang masih tersangkut hingga menyebabkan PTPTN tidak mampu untuk memberi pinjaman semula kepada pelajar yang baru. Apakah negara kita tidak ada undang-undang untuk ambil tindakan kepada sesiapa yang tidak mahu membayarnya? Bila kerajaan cakap elok-elok, masih ramai yang berdegil, bila kerajaan nak blacklist kan nama yang tidak membayarnya, dikatakan pula kerajaan tidak berhati perut, zalim. Habis tu nak salahkan siapa?

Dalam masa yang sama, Pas dan Pakatan Haram muncul dengan imej baru, yang kononnya lebih membela rakyat dari kerajaan yang sedia ada. Hinggakan setiap kali ada undang-undang bagi membentuk rakyat, akan dilanggar oleh geng-geng ini, seolah-olah menjadi hero kepada rakyat.

Saman ekor, memang ada kelemahanya, tetapi banyak juga kebaikkannya, pertama untuk mengelakkan rakyat dari memandu dengan laju dan berbahaya. kedua ia merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kemalangan maut. Ketiga mengajar rakyat supaya bersiplin semasa memandu dan mengikut had laju yang ditetapkan. Pada yang ingkar, semestinya akan disaman. Itulah undang-undang.

Pasal guru sandaran, atau guru kontrak, selama ni tak pernah pun Pas memperjuangkan pasal guru-guru ni, sekarang tiba-tiba pulak Pas dan Pakatan Haram nak jadi hero memperjuangkan guru sandaran. Sebab tu Mc kata, Pas dan Pakatan ni umpama lalat, kat mana ada tahi, disitu sampainya lalat.

Asal ada isu yang boleh diorang cari makan, diorang akan pusing isu tu sampai rakyat pun penin, dan salahkan kerajaan pusat dengan alasan, kononnya tidak prihatin kepada rakyat.

Bapa kalau nak ajar anak, sekali sekala, kena juga rotan kalau ada salah. Bukannya buat taktau aje, kalau anak salah, itu merupakan salah satu cara nak merosakkan anak. Seterusnya biarkan dia terus lingkup.

Fikirlah pasti ada sebab musababnya kerajaan lakukan demikian.. Jangan terpedaya dengan lakonan drama dan tipu helah puak Pakatan ni. Mc percaya jika mereka memerintah, Malaysia akan jadi lebih teruk daripada biasa..

P/s: Pas banyak main wayang.. untuk cari makan..

Mctheory:
orang terdesak, apa pun sanggup.. asal boleh..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PASNGOK GUNA AGAMA SBB NAK MASYUKKKK. TENGOK JEK APE DH JADI KAT KOHILAL, TABUNG MEMALI DAN BYK TABUNG2 LAIN YG KENE SAKAU DGN PEMIMPIN PASNGOK. AKHIRNYA YG JADI MANGSA TOTOK2 MEREKA JUGAK KEHKEHKEH

x-U berkata...

kalau si penagih dadah, si penjenayah boleh kerajaan tanggung makan minum depan berjuta2 setahun, awat rakyat yg melanjutkan pelajaran di U kerajaan xnak tanggung?? Ada otak tu pikirla sendiri!!

McTheory berkata...

X-U,

ko nak samakan pelajar Uni dengan banduan ke? Kalau pelajar, kerajaan dah bagi pinjaman untuk BELAJAR. Malah bila keluar nanti Insyallah boleh dapat kerja. Banduan pulak, mestilah kerajaan nak tanggung makan minum, takkan ko nak suruh kerajaan bunuh semua banduan kot? Atau lepaskan semua penjenayah sebab kerajaan taknak tanggung makan diorang, ko patut guna otak untuk fikir!!