Khamis, 10 Mac 2011

KASI PANAS!! ANWAR AKAN SAMAN TUN DR MAHATHIR??


Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca.

1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa.

2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada 62 bab. Bab pertama mengenai kemasukan Anwar ke dalam UMNO, dan yang kedua –yang paling ditunggu-tunggu, mengenai pemecatan Anwar dan pembabitan bekas timbalan perdana menteri itu dalam aktiviti seks luar tabii. Tulis Dr Mahathir, dalam bab ke 53 bertajuk ‘Anwar’s Challenge’ beliau pertama kali dimaklumkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berhubung dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual.


3. Kemudian, pada 1997, beliau menerima surat dari perempuan bernama Ummi Hafilda Ali, yang kata Dr Mahathir “Isinya menganggu saya kerana lebih spesifik dan lengkap mengenai dakwaan liwat membabitkan Anwar’. Pun begitu, kata Dr Mahathir, tuduhan itu seperti tidak masuk akal, jika dakwaan membabitkan Anwar mempunyai ‘hubungan’ dengan perempuan, “Saya tidak begitu terkejut, tetapi bagaimana orang yang kelihatan alim ini berkemungkinan terlibat dengan aktiviti homoseksual?” Pada mulanya, Dr Mahathir tidak mengambil serius surat Ummi, tetapi sebulan kemudian, Ummi hantar lagi satu surat, yang memaklumkan beliau menarik semua tuduhannya sebelum ini.

4. “Saya hairan kenapa dia nafi apa yang dia kata sebelum ini,” tulis Dr Mahathir. Beliau hanya memandang kes tersebut secara serius apabila bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor dan pegawai peyiasat ( ketika itu) Tan Sri Musa Hassan menunjukkan bukti “termasuk gambar dan pengakuan mereka yang terlibat. Saya sedar saya tidak boleh mengabaikan maklumat ini” Kata Dr Mahathir, beliau mahu bertemu dengan saksi dan bercakap sendiri dengan mereka secara peribadi.

5. “Saya bertemu mereka secara persendirian, di rumah rasmi saya di Sri Perdana, saya beritahu mereka bahawa perbualan ini adalah sulit dan saya hanya mahu mendengar cerita mereka untuk diri saya sendiri,”katanya. Antara yang beliau temui Azizan Abu Bakar, iaitu bekas pemandu isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail. “Polis beritahu Azizan banyak kali diliwat Anwar. Saya tanya Azizan mengenai dakwaan tersebut, dan sudah tentulah beliau takut kerana Anwar merupakan timbalan perdana menteri.

6. “Ketika perjumpaan itu, Azizan gementar dan tidak selesa. Azizan menceritakan pada saya secara teliti bila kali pertama kejadian itu berlaku. Dia kata dia takut sebab Anwar begitu berpengaruh, dan boleh menyebabkan banyak masalah kepadanya, sebab itulah kata dia tidak melawan,”. “Saya tahu betapa susah untuk ingat tarikh dan waktu sebenar bila ia berlaku, jadi saya tidak beri perhatian kepada perkara-perkara tersebut. Tapi pertemuan itu cukup untuk menyakinkan saya bahawa dia (Azizan) bercakap benar.

7. “Dalam mahkamah, tarikh dan masa sebenar kejadian adalah perkara penting, dan mencukupi untuk mensabit atau menbebaskan seseorang, tapi saya ragu sekalipun hakim atau peguam dapat mengingati secara tepat apa yang mereka lakukan setahun lalu. “Ada orang simpan diari, tetapi tidak ada siapapun yang rekod semua yang dilakukannya setiap hari,” kata beliau. Dr Mahathir berkata beliau juga menyoal empat wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan ‘seseorang yang berpengaruh”.

8. Dr Mahathir menulis bahawa mereka dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla. “Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills (Bukit Tunku). Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri. “Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks,” tulis Dr Mahathir.

9. “Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan,” tulis Dr Mahathir. Mengenai dakwaan beliau melakukan konspirasi politik, kata Dr Mahathir, “Bagaimana orang boleh mempercayai ini (teori konspirasi), kalau hendak berkonspirasi melawan Anwar, saya perlu menggunakan polis, Peguam negara dan pendakwaraya, saksi-saksi, hakim, pakar makmal forensic, dan ramai lagi sebagai rakan subahat saya” “Sudah pasti, seseorang dari yang ramai itu membocorkan perkara yang kami rancangkan kepada umum.

10. Tetapi tidak ada siapa yang muncul dan mendakwa bahawa saya memaksa beliau untuk menipu bagi menyokong dakwaan saya (terhadap Anwar). Dr Mahathir turut memuatkan sebahagian dari penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat. Dalam penghakiman tersebut hakim-hakim membuat kesimpulan bahawa aktiviti homoseksual berlaku tetapi kerana masalah teknikal maka kes tersebut digugurkan.

11. Kata Dr Mahathir, biasanya beliau seorang yang pemaaf dan biasa memberi peluang kedua kepada mereka yang pernah ‘lawan’ beliau secara politik. “Bahkan seorang dari mereka saya namakan sebagaikan penganti selepas Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri, tapi saya susah untuk memaafkan Anwar kerana merosakkan nama baik saya di mata dunia,” katanya. Beliau menutup bab tersebut dengan menulis bahawa Anwar sepatutnya menjadi Perdana Menteri Malaysia hari ini, tetapi perkara itu tidak berlaku kerana tindakannya sendiri. “Pilihan yang saya ada hanyalah memecat beliau dan saya lakukan apa yang saya fikir terbaik untuk negara ini. Saya mungkin buat banyak silap, tetapi memecat Anwar bukan satu kesilapan sama sekali,”katanya. Memoir tersebut dijual dengan harga RM100 setiap naskah dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama seluruh negara.

sumber Azli Shukri Today

P/s: ramai sekarang manusia yang gigit tangan pada yang memberi makan!!

Mctheory:
Ayah Tun memang hebat!!..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KLU ANUWAR SAMAN BERMAKNA DIA BETUL2 BERSALAH. KLU DIA X SAMAN PUN DIA TETAP BERSALAH. TUN MENULIS ATAS PENGALAMAN DAN PENGAMATAN DARI KEADAAN SEKELILING DAN DARI SUMBER2 TERSENDIRI. SO TERPULANG LAH KAT AL JUBURY SAMA ADA DIA NAK TERUSKAN ATAU TAK KEHKEHKEH

vulcan933 berkata...

kalau nuar saman lagi banyak cerita terbongkar.ingat nala sekarang bukan teman nuar lagi.hanya c bodoh pas berimamkan nabi palsu nik ajis yang percaya dengan c nuar.

bapak3 berkata...

Anwar nak saman Tun? Saman la Ummi Hafilda, Ezam, Nallakarupan dll lagi dulu, kan mereka masih sibuk challenge anwar suruh dia saman mereka? Nampaknya tipa2 kali Tun memberi gambaran sebenar mengenai anwar, mesti anwar nak saman, tapi kalau ummi, nalla pula, takut pulak muka bontot tu...