Rabu, 9 Mac 2011

BLOGGER!! APA BEZA KAWASAN ZON PERANG DENGAN KAWASAN ZON SELESA!!


Ada sesiapa yang faham mengenai tajuk di atas? Tajuk diatas merujuk kepada zon kedudukan blogger. Ada email yang Mc terima bertanyakan mengenai siasatan Mc yang lepas-lepas kenapa tidak diteruskan lagi.

Untuk pengetahuan pembaca blog Mc, Mc sekarang berada di Johor. Pusat operasi Mc sekarang sudah berpindah ke Johor Bahru. Sebagai blogger mesra kerajaan, Mc sekarang berada di Zon selesa, Zon jajahan BN. Apa yang Mc nak siasat di kawasan sendiri, walaupun banyak kepincangan yang Mc lihat dari kerajaan BN Johor, cuma belum sampai tangan ini gatal nak menaip tentang keburukkan mereka.

Mc masih memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Johor untuk berubah!!

Banyak, banyak sangat!!

Kadang-kadang mikir nak menaip la jugak.

Bagi blogger-blogger yang berada di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor. Bagi Mc itu kawasan 'zon perang'. Blogger di kawasan zon perang, lebih meriah dengan maklumat dan berita dari blogger yang berada di zon selesa.

Sebab itu sekarang ni Mc selalu mainkan isu global, isu local kalau ada pun sikit-sikit. Susah nak cari kubu puak Pakatan kat sini. Paling baru pun, Cabang PKR baru bukak di Bandar Baru Uda, tapi nampak macam takdak sambutan pun.

Mc akan cuba kejar ceramah Pas dan Pakatan di sekitar JB, untuk melihat sambutan warga JB kepada mereka.

P/s: Bosan sebenarnya berada di zon selesa ni..

Mctheory:
Takde ke blogger lain disekitar JB ni, kalau ada kontek-kontek la Mc..

1 ulasan:

MELAYU KULAI berkata...

Salam.
Saya di Kulai. Lawati http://melayukulai.blogspot.com atau emel melayukulai@yahoo.com.

Sharing is caring