Ahad, 20 Mac 2011

ANWAR KINI BAKAL DI SIASAT JAKIM!!



YAN 19 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini menjalankan siasatan terhadap dakwaan isu pluralisme yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, siasatan termasuk meneliti terperinci teks ucapan yang pernah dibuat Anwar sebelum ini.

"Perkara ini perlu kita siasat secara terperinci sebelum membuat apa-apa tindakan seperti yang disyorkan oleh pihak tertentu, kita (Jakim) akan meneliti teks-teks ucapan beliau (Anwar) sebelum ini.

"Kita akan siasat dan lihat adakah keyakinan beliau terhadap pluralisme ini boleh membawa kepada kesesatan atau sebagainya," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia di Sungai Limau di sini hari ini.

Ia sebagai mengulas kenyataan Anggota Parlimen Bebas kawasan Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin baru-baru ini yang menggesa Jakim menyiasat salah satu siri ucapan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac tahun lepas.

Zulkifli mendakwa, ucapan Anwar bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World itu mempunyai kecenderungan kepada fahaman tersebut.

Dalam pada itu, Jamil Khir menambah, Jakim memandang serius isu fahaman pluralisme dan giat melakukan usaha pencegahan agar tidak menyesatkan umat Islam.

"Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan bahawa fahaman pluralisme atau liberalisme ini salah daripada sudut pandangan Islam dan merupakan kefahaman yang terkeluar daripada Islam.

"Bahkah ini menyentuh soal akidah umat Islam kalau keyakinan terhadap pluralisme ini boleh membawa kepada kesesatan dalam kalangan yang berpegang kepada fahaman ini ia perlu dicegah," katanya lagi. - Utusan

2 ulasan:

Anak Bukit Hijau berkata...

Akhirnya Allah makbulkan juga doa rakyat Melayu yang beragama Islam, agar pihak-pihak yang bertanggungjawab, mengambillangkah yang cukup relevan.

Semoga segala kekusutan dan kebimbangan dapat diperjelaskan.

Terima kasih JAKIM.

sejahtera39 berkata...

sepatutnya pehak Jakim bertindak apabila sesuatu issu berkaitan dengan Agama Islam telah diselewengkan bukannya nak tunggu ada laporan.. bertindaklah, jangan takut kepada kemungkaran... tegakkan kebenaran.. kes sebeginilh yg membuat rakyat marah terhadap pehak berwajib..

isu kalimah Allah, isu bible dlm bahasa melayu, ajaran2 sesat, fatwa2 politik, pluralism dll... perlulah dipandang serius bukan sekadar kita akan kaji... napa sebelom ni tak de kajian?...