Ahad, 3 Januari 2010

Orang-orang Islam yang Tak sedar diri atau hilang ingatan bahawa dia Islam!



Hari ini aku menjelajah ke blog rakan-rakan blogger lain. Ada penyokong dan ada juga penentang. Memang asyik bila membaca komen-komen dan tulisan-tulisan yang dipaparkan.

Cuma dikalangan blog-blog pro PR ni memang pelik, mereka ini seolah-oleh tidak kisah mengenai isu kalimah Allah, ada yang menyokong kristian membabi buta tanpa penjelasan yang kukuh dan seolah-olah bagi mereka takde yang penting. Mereka-mereka ini aku tak tahu la apa agamanya tapi memang aku pelik dan terkejut.

Dalam pada itu ada satu blog pro Pr yang agak popular la, dia ni memang terkenal sebagai pencacai Anwar tahap dewa punya la. Orang macam ni, Anwar berak pun dia sanggup makan.

Posting di blognya, apa ada pada nama? Masyallah. . baginya seolah-olah kalimah Allah tidak penting, dipersoalkan lagi mengapa kita semua kecoh, apa ada pada nama Allah? Korang pelik tak? Kalau jiwanya Islam, dia tak rasa sensitif ke? tak rasa tersentuh ke bila tiba-tiba Gereja ditepi jalan dinamakan GEREJA ALLAH! Kalau anak kita tanya nanti, apa bezanya Allah Islam dengan Allah Kristian? Apa agaknya kita nak jawab? hmm. .susah-susah.

Semasa umat Islam lain bersatu, bergabung, bersusah payah, tak kirala dari parti mana, asal mana, masing-masing menjerit-jerit dan bersusah payah berpiket, berdemo demi untuk mempertahankan kesucian kalimah Allah. Ada pula si ahlul-ahlul PR ni yang mempersoalkan kenapa UMNO sibuk-sibuk dan bersusah payah dalam hal ni, sedangkan orang-orang atasan UMNO sendiri tak menutup aurat? Bagi ahlul-ahlul ni, tak pakai tudung lebih utama dari menjaga kesucian nama Allah. Pelik bukan? itulah yang terjadi dikalangan ahlul-ahlul PR.

Ada sesetengah blog yang begitu berkobar-kobar tulisannya menghentam UMNO kerana tidak menjaga kesucian nama Allah sedangkan UMNO yang memerintah dan sepatutnya memang UMNO yang bertanggung jawab. Yups. .memang benar memang UMNO harus bertanggung jawab, tapi. .siapa pula yang berkobar-kobar memperjuangkan nama Allah supaya pihak kristian boleh gunakannya? tidak lagi tidak si Ahli Parlimen Shah Alam, Mr.Khalid 'gereja' Samad. Khalid ni orang parti mana? bukan Pas ke? Kenapa pula dia orang Islam tapi perjuangannya menyokong kristian? Siap bagi sokongan dalam Harakah dan bersetuju dengan keputusan mahkamah. Mengapa mahu dihentamnya UMNO, kalau puncanya dari orang Pas.

Setelah isu ini dah mula kecoh dan umat Islam 1Malaysia bising dan mempersoalkan kepimpinan Pas, tiba-tiba Pas mengeluarkan pendiriannya. Sila baca dibawah:

PAS KECEWA MAHKAMAH BENARKAN PERKATAAN ALLAH DALAM MINGGUAN HERALD THE CATHOLIC

Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan AllAH dalam penerbitannya

Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara

Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.

Pas mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sendiri di negara ini.

Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.

Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Pas dah pun menyatakan pendirian mereka, setelah lama juga menyepi. Bagaimana dengan PokNik, si Tokoh Ulama Besar Pas? sunyi je pun. Mungkin dia agak sibuk dengan anak menantunya di Kelantan. heh. .

Akhirnya aku dah dapat keputusan, bahawa ahlul-ahlul PR ni memang agak dunggu dan bodoh dalam pemikiran mereka. Mungkin mereka ini dilahirkan terencat akal kot. Hingga tak dapat bezakan mana satu yang penting dan mana satu yang kurang penting. Mana satu yang perlu dijaga dan mana satu yang boleh ditengokkan kemudian.

Jikalau mereka ahlul PR tetap dalam kebodohan dan terencat yang mendalam. Mana mungkin mereka boleh mengalahkan UMNO/BN dalam PRU13 nanti. Aku berasa simpati kepada mereka. Orang-orang seperti ini kita perlu beri perhatian yang lebih. Kesian. .

MctHeory: Biar bodoh, jangan malas. Kalau malas tak boleh nak buat apa dah campak hutan je la. Bila bodoh jangan sombong, kalau sombong sepak masuk laut!

Tiada ulasan: