Jumaat, 1 Januari 2010

ISU: Larangan guna perkataan 'Allah' tidak sah oleh Mahkamah!



MctHeory: Walaupun aku agak terlewat untuk posting yang menyedihkan kali ini, tapi tujuan aku bukan untuk mengulas keputusan mahkamah. Kali ini aku nak beritahu kesan-kesan dan keburukan yang boleh diterima oleh semua umat Islam di Malaysia berkenaan dengan kebenaran mahkamah membenarkan Majalah mingguan Katolik, The Herald menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitannya amatlah mengecewakan.

Jika perkataan Allah boleh digunakan oleh The Herald tidak mustahil orang kristian akan menggunakannya dalam perkara-perkara lain. Tahukan anda semua bahawa ada gerakan-gerakan sulit kristian yang hendak mengKRISTIANkan Melayu Islam di Malaysia? Mungkin ada yang sudah tahu, dan ada juga yang belum tahu, tak kurang juga yang tak mahu tahu (Pasti orang Pas laa..) Bagi yang berminat sila ikuti siri selepas ini.

MctHeory: siri 1. Wujudnya Gerakan mengKristiankan Melayu Islam di Malaysia dan Al-Quran Palsu
Siri 2. Wujudnya Mazhab baru Kristian Ortodoks Syria yang bersembahyang hampir sama dengan umat Islam

1 ulasan:

Putra Sulong berkata...

Serahkan kepada Duli YMM Yang DiPertuan Agong untuk membuat kata putus...Baginda sebagai Ulul Amri dan penaung kepada umat Islam di Malaysia...kalau Baginda benarkan, kita ikut...kalau Baginda tidak benarkan pun kita ikut...patuh...

Kita masyarakat umum tidak harus terikut - ikut dengan karenah ahli2 politik yang masing2 berkepentingan peribadi..