Selasa, 12 Januari 2010

EKONOMI: MELAYU MASIH BELUM SELAMAT!





Tajuk ini dipilih disebabkan kebimbangan Mc (nama bagi penulis) mengenai ekonomi kaum Melayu di Selangor sekarang yang kiranya bagi penulis tidaklah didalam keadaan yang baik.

Apa yang Mc katakan ini adalah daripada pengalaman yang Mc lalui sendiri. Kita selalu mendengar bahawa ekonomi kaum Melayu semakin meningkat pada setiap tahun, Melayu mengawal ekonomi Malaysia dalam 25℅ daripada kaum lain.

Itu apa yang diperkatakan pada tahun lepas dan tahun yang sebelumnya. Pada pandangan Mc sendiri, ekonomi kaum Melayu berada pada tahap yang agak membimbangkan.

Apa yang menyakinkan Mc mengenai perkara ini, ialah apabila Mc menghadiri majlis perjumpaan pembekal-pembekal utama bahan mentah disekitar Selangor yang mengabungkan 50 buah syarikat besar yang menjadi nadi utama pembekal di Selangor. Mc sangat terkejut. Diantara 50 buah syarikat pembekal, hanya 1 sahaja syarikat yang diuruskan oleh kaum Melayu.

Kenapa Mc berkata demikian. Ini kerana pada tahun sebelumnya (2008), ada 11 buah syarikat Melayu dari 50 buah syarikat pembekal di sekitar Selangor. Tahun ini hanya tinggal sebuah sahaja. Apa yang menghairankan aku, banyak muka-muka baru dari kaum lain yang amat berjaya, manakala kaum Melayu yang berjaya semakin kurang dan mundur malah banyak yang bankrup.

Apakah punca keadaan ini ada kaitan dengan kegawatan ekonomi? Apakah ini ada kaitan dengan harga barang yang naik? Pernah kita dengar kaum lain mengeluh apabila harga barang naik? Sedangkan kita asyik menghentam kerajaan jika berlaku kenaikkan barang atau subsidi barang dikurangkan.

Sekarang bukan Mc nak menceritakan perihal kaum Melayu, tetapi hanya hendak memberitahu bahawa kita jangan ingat kaum Melayu sudah kukuh dari segi ekonomi dan politik, kerana hari demi hari kuasa ekonomi dan politik semakin terhakis jika kita tidak melakukan sesuatu yang boleh mengubah kedudukan kita.

Kita tahu bahawa kerajaan sentiasa membantu usahawan Melayu yang baru hendak ceburkan diri dalam perniagaan, banyak dari segi bantuan kewangan, kursus dan institusi yang membantu kaum Melayu memulakan perniagaannya sendiri.

Pada pandangan Mc sendiri, kaum Melayu tidak mengunakan bantuan kerajaan dengan sebaik mungkin untuk menguruskan perniagaan. Banyak yang berlagak kaya dan perniagaannya tak seberapa. Banyak yang membazirkan duit pinjaman dengan membeli barangan peribadi dan bukannya untuk memajukan perniagaan.

Itu cuma sebilangan sahaja. Ada juga yang rajin dan betul-betul hendak berniaga cuma tidak diberi peluang. Umpamanya kerajaan Selangor sekarang. Tiada bantuan kepada usahawan-usahawan Melayu yang baru untuk memulakan perniagaan. Tiada usaha-usaha untuk membantu kaum Melayu meningkatkan ekonomi sendiri dan seterusnya ekonomi negeri juga negara.

Ini cuma petanda kecil menunjukkan kurangnya pembekal dan peniaga Melayu di Selangor. Bagaimana pula dengan agihan projek pembangunan oleh kerajaan negeri? Adakah dibahagi sama rata atau di bolot oleh kroni sahaja.

Setahu Mc, soal pembangunan ekonomi setempat dibawah tangan gengster Dap Mr.Liu. Walaupun Kalid MB Selangor. Dia hanya berpandukan kiblat yang ditunjukkan oleh Dap. Jika ini berterusan. Ekonomi kaum Melayu di Selangor pastinya akan pupus dan hancur. Jika keadaan ini berterusan, apakah Selangir akan menjadi Pulau Pinang nombor 2?

MctHeory:
Apa yang perlu kita lakukan ialah, tolak Pakatan Haram di selangor. Untuk meningkatkan kembali ekonomi kaum Melayu sekaligus menjaminkan masa depan anak cucu kita ditanah air kita sendiri. Kita perlu kuasa ekonomi, kalau kita hendakkan anak cucu kita rasa apa yang kita rasa. Jangan perjudikan anak cucu kita di tangan mereka-mereka ini

1 ulasan:

C L J berkata...

Hamba bersetuju sangat dengan MC dan catatan MC menunjukkan kekuatan pembekal Melayu merudum selepas kuasa kerajaan menjadi bertambah lemah.

Kedudukan ini patut dilihat sebagai bukti nyata tentang betapa lemahnya kuasa perniagaan orang Melayu.

Beberapa kerat yang ada itu kembali menjadi lemah, malah lingkup apabila kuasa kerajaan menjadi lemah untuk terus kuat menongkat mereka.

Kita semua kena fahamlah apa sepatutnya tindakan kita.