Khamis, 28 Januari 2010

BETUL KE AZMIN ADA BUKTI PEMUDA UMNO BAKAR GEREJA?!



Mc tadi terbaca berita dari haramkahdaily mengenai kenyataan Azmin mengenai kes membakar gereja. Si Azmin ni menegaskan bahawa dia mempunyai bukti mengatakan pemuda UMNO bertanggung jawab dalam hal tersebut.

Adik kepada si pondan ni pandai-pandai je menuduh Pemuda UMNO yang buat, sedangkan kaki yang suka buat propa bodoh macam ni, si Bossnya tu, Brader Anwar.
Korang baca apa si Azmin ni kata:

PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.

Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini.
- haramkahdaily

Mc nak beritahu la ye. Polis tengah siasat kes ni. Suspek pun dah banyak kena tangkap, tiba-tiba si Azmin geng suka belakang ni suka hati bagi kenyataan macam ni.

Azmin weii. . kalau ada bukti bawa la kedepan, jangan main cakap je lebih. Mc takut ada pula si bodoh yang kena upah pastu mengaku ahli UMNO. Kita semua tahu, brader Anwar pakar propa, provokasi dan pembakar sentimen paling terer dalam Malaysia hatta dunia sekalipun.

Dari haritu sampai sekarang korang asyik cakap UMNO yang buat. Cakap saja tak guna. Buktikan aje. Kalau Malaysia huru hara, yang untungnya pembangkang bukannya UMNO. Takde sebabnya UMNO nak buat semua ni.

MctHeory:
Azmin! ko jaga Bos ko aje la. Tarikh keramat dia dah nak sampai. Jaga dia elok-elok kang lari pula.

6 ulasan:

Arif Omar berkata...

AZMIN AUTA AJE. DIA NI CAKAP AJE LEBIH.

Pemerhati berkata...

Kes Azmin dan Shamsidar simpan duit banyak2 tu pun tak terjawab lagi.
Kes Affifah anak Anwar pun tak terjawab lagi.
Jadi nak alihkan perhatian rakyat M'sia dia buatlah macam ini.
Trick lama, bang oi!

Tanpa Nama berkata...

korang nak tahu siapa yang buat? mesti la budak2 ameno yang haprak tue!

lagenda berkata...

Salam bro auta ja lebih ni macam dengan Anwar juga la

Tanpa Nama berkata...

Kalau Azmin yang beritahu begitu, maka kita tahu lah pihak mereka lah yg mengupah budak2 umno untuk melakukan kerja jenayah tu, takkan umno pulak yg nak mengupah, menjerat diri namanya. Kalau Umno yg nak buat hal, adalah lebih baik mengupah orang PR untuk buat onar, bukan orang umno sendiri, nampaknya perangkap makan tuan kali ini azmin. Hehe.

Reverse psychology namanya ini, mengupah musuh untuk membuat onar. Rakyat malaysia bukan bodoh azmin, penyokong PR memang akan terima bulat2 fitnah yg sensasi macam ni. Macamana mereka boleh tahu dgn begitu cepat kalu bukan mereka yg mengupahnya. Pihak polis perlu ambilkira perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

sampai sekarang ni suami dayus nie tak keluarkan nama sapa pemuda umno yng buat keje bakar gereja...

anak haram betul la si min nie...