Jumaat, 22 Januari 2010

ADAKAH INI PETANDA BERAKHIRNYA GELOMBANG PAKATAN RAKYAT DI MALAYSIA!

Kita semua tahu bahawa 29 jan, permohonan rayuan Anwar untuk dapatkan dokumen dan DNA Saiful. Anwar juga hadapi pembicaraan kes liwatnya pada 2 Feb 2010.

Kita juga tahu Pakatan Haram sedang menghadapi masalah yang serius dalam krisis pentadbirannya di semua negeri jajahannya. Hampir semua Menteri Besar atau Ketua Menteri Pakatan tidak pandai mentadbir negeri dengan baik.

Di Kelantan N.ajis menghadapi pelbagai tuduhan dan salah lakunya dalam rasuah, kroni dan salah guna kuasa.

Di Pulau Pinang pemerintahan ala rejim sudah pun dilaksanakan oleh Lim Guan gangsta, dengan menghalau penduduk kg buah pala dan rumah panjang mak maiden.

Di Selangor Khalid sedang menghadapi krisis kepentadbiran didalam kerajaan dan juga parti. Kerajaan Selangor juga menghadapi krisis ekonomi yang serius.

Di Kedah, Mb yang paling baik sampai pentadbiran negeri pun jarang ambil tahu. Terdengar suara-suara rakyat yang sudah mula menolak pemerintahannya. Masalah balak, air dan sampah tidak pernah selesai.

Pakatan Haram pula tidak sudah-sudah berdrama, berlakon didepan rakyat kononnya mereka ini didalam keadaan baik dan bersatu. Sedangkan sesama mereka sendiri pun bertelingkah, lagikan mahu bersatu.

Setiap kerajaan negeri di negeri Pakatan Haram mempunyai masalah, dan mula ditolak rakyat. Kita akan mendengar semua ini akan berterusan dan akan terus menerus hinggalah Pakatan Haram berkubur.

Apakah ini petanda awal Pakatan Haram sudah sesak nafas? Pakatan Haram sudah nyawa-nyawa ikan?

Semestinya dari sesak dan nyawa-nyawa ikan, Pakatan Haram terus masuk ICU kalau Brader Anwar tidak dapat melepaskan diri dari mahkamah.

Apabila semua masalah bersatu. Kita akan lihat Pakatan Haram akan terus berkubur tanpa nesan, seperti mana Barisan alternatif yang hancur lebur semasa tahun 2002.

Mc percaya semua drama dan lakonan Pakatan haram selama ini akan terbongkar dan rakyat akan menilai segala perbuatan mereka. Pastinya kita akan kebumikan Pakatan haram pada PRU ke 13 nanti. Insyallah. .

MctHeory:
Brader anwar dok ketaq lutut nak tengok muka hakim. Dok pikir nak kelentong apa pula, nak tangguh mahkamah ni.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa la ko merepek tak sudah ni!

Tanpa Nama berkata...

Bravo... hang punya pena macam dalam kepala otak ku tengah pikir...
Mahu lagi.... proof..proof

Tanpa Nama berkata...

baguih dok ada na....elok la tu kalu pakatan hram ni brakhirnya gelombang di malaysia lega takdak dah...aman balik la malaysia ni...